Drama kostum terbaru Xu Kai disamping Jing Tian “Wonderland of Love” mula bersiaran 6 November

Nampaknya drama kostum yang dinanti ramai “Wonderland of Love” telahpun mula bersiaran pada 6 November. Mengangkat tema percintaan bersejarah dan politik, drama ini diarahkan oleh Steve Cheng dan ditulis oleh Fei Wo Si Cun. “Wonderland of Love” ini diadaptasi daripada novel berjudul Le You Yuan karya Fei Wo Si Cun.

“Wonderland of Love” adalah kisah cinta romantis di mana dua watak berkuasa besar mempertahankan negara mereka dan dalam beberapa pertemuan, mereka bertemu antara satu sama lain. Tidak disangka cinta mulai berputik antara mereka dan pada akhirnya menjalani kehidupan yang bahagia selama-lamanya.

Barisan Pelakon

Drama ini diterajui oleh Xukai yang sinonim dengan drama-drama kostum (Arsenal Military Academy, The Legends, Story of Yanxi Palace, Ancient Love Poetry) dan Jing Tian (Rattan, The Legends of Zhuohua, City of Streamer). Turut membintangi drama ini adalah Zeng He Hui Zhi, Gao Han, Zhao Jia Min, Liu Dong Qin, Zeng Li, dan ramai lagi yang kebanyakannya wajah mereka dikenali setelah menghiasi dalam beberapa drama Cina sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Xu Kai mengambil watak sebagai cucu Maharaja, Li Ni, seorang jeneral barisan hadapan di sempadan yang kelihatan riang yang tidak berniat untuk berebut kuasa sehingga menyembunyikan identiti sebenarnya. Walaupun menjadi cucu maharaja, dia tidak pernah menerima kasih sayang bapanya, malah ditugaskan untuk menjaga sempadan, terpaksa berdepan dengan pemberontakan dan perlu menamatkannya.

Jing Tian pula menggambarkan watak Cui Yi, anak perempuan tunggal Jeneral Cui, yang menyembunyikan identiti sebenarnya daripada dunia serta menyamar sebagai Leftenan He dan ikut bertempur di medan perang bersama tentera.

Sinopsis “Wonderland of Love”

Mahkamah berada dalam keadaan bergolak dan kuasa imperial jatuh ke tangan pengkhianat. Cucu Maharaja, Putera Makhkota Li Ni  yang menjaga sempadan, perlu memikul tanggungjawab untuk memerangi pemberontakan. Li Ni kemudian bertembung dengan anak perempuan tunggal Jeneral, Cui Lin menyembunyikan identiti sebenar beliau.

Kedua mereka memimpin pasukan mereka sendiri dan terlibat dalam pelbagai konflik. Di tengah-tengah pelbagai kuasa bergelut, dan dalam persaingan mereka antara satu sama lain, dari semasa ke semasa mereka mengira dan meramalkan rancangan serta mengambil langkah berisiko untuk perjuangan masing-masing.

Namun tiada siapa menduga, melalui beberapa pertemuan, daripada musuh mereka bertukar menjadi pasangan kekasih, mencipta kisah cinta dan cita-cita bersama yang berlatar-belakangkan perubahan yang sentiasa berubah.

Mampukah dua kuasa besar yang berbeza ini bersatu dalam cinta sehingga ke akhirnya?Jangan lupa untuk tonton “Wonderland of Love” yang disiarkan secara serentak diplatform iQIYI Malaysia dan WeTV Malaysia.

 

Jom saksikan trailer drama “Wonderland of Love”

loading...