Mr. CEO yang Bossy – Luo Zheng akan temui peminatnya di Malaysia 26 Ogos ini

Para penggemar CDrama, pastinya mengenali sosok pelakon yang bernama Luo Zheng ini. Terkenal dengan membawakan karakter sebagai CEO dalam beberapa drama lakonannya membuatkan Luo Zheng dikenali sebagai Mr. Bossy CEO idaman ramai, tambahan personalitnya cukup bersesuaian dengan peranan tersebut.

Apa yang menggembirakan peminat Luo Zheng di Malaysia adalah, pelakon kesayangan ramai ini akan menjejakkan kaki di bumi Malaysia hanya berbaki beberapa hari saja lagi. Untuk pengetahuan, Luo Zheng kini merupakan “iQIYI International VIP ambassador” dan mempunyai pelbagai siri TV dan rancangan popular di iQiyi! Dan sebagai Duta iQIYI, Luo Zheng dengan kerjasama platform tersebut telah memulakan siri jelajah yang dipanggil Luo Zheng VIP Asia Tour. Malaysia merupakan destinasi kedua selepas Thailand yang mendapat sambutan yang cukup baik.

Selain Malaysia dan Thailand, Luo Zheng juga telah mendapat populariti dibeberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia dan Vietnam. Malah berjaya  menarik ramai peminat antarabangsa yang dengan peranan Encik Bossy CEO yang telah menawan hati ramai. Antara siri drama popularnya adalah seperti Perfect Mismatch, Make My Heart Smile, Time to Fall in Love, dan Nothing But You. Manakala drama “You From The Future” adalah antara projek drama terbarunya yang kini boleh ditonton menerusi iQIYI.

Selain berjaya menjiwai watak dengan baik, Luo Zheng juga berkebolehan menyanyi dengan baik. Bahkan pelakon itu turut menyumbangkan suara menyanyikan OST drama lakonannya seperti “Thump! Thump! I Like You” (Make My Heart Smile) dan paduan suara bersama Ji Meihan menerusi lagu “The Future You” (You From The Future).

Sedikit info mengenai Luo Zheng

Luo Zheng, dilahirkan pada tahun 1995 di Wilayah Guizhou, dan merupakan seorang penyanyi dan pelakon Cina. Pada Januari 2018, Luo Zheng menyertai paertandingan rancangan pelbagai iQIYI iaitu”Idol Trainee”dan telah debut April tahun yang sama dengan mengeluarkan single pertamanya “U&I” bersama kumpulan MR-X.

Luo Zheng telah memulakan kariernya sebagai pelakon pada November 2018 dengan membintangi drama bertemakan inspirasi kampus remaja “Unbelievable” Sunny.” Kini dia mempunyai beberapa drama terkenal seperti Perfect Mismatch, Skip A Beat, Time to Fall in Love dan banyak lagi serta mempunyai lebih 4 juta peminat di Weibo. Jom saksikan trailer drama terbaru Luo Zheng “You From The Future”

Meet Luo Zheng in Kuala Lumpur

Selepas diumumkan menerusi platform sosial media iQIYI Malaysia, ramai peminat tidak mahu lepaskan peluang untuk bertemu secara dekat dengan pelakon kesayangan ramai ini. iQIYI Malaysia juga telah menyediakan tawaran untuk pelanggan VIP mereka merebut peluang tersebut dan para pemenang telah diumumkan beberapa hari lepas.

Untuk pengetahuan sesi sidang media bersama Luo Zheng diadakan di Sunway Velocity pada 26 Ogos 2023 bermula jam 2 petang dan ianya terbuka kepada orang ramai. Bagi sesi private Meet and Greet with Luo Zheng adalah sebuah acara istimewa hanya untuk pemenang yang telah diumumkan oleh iQIYI. Acara tersebut akan bermula pada jam 4 petang di sebuah tempat tertutup.

 

@kmania.my Dah tak sabar nak jumpa CEO idaman ramai ni? Nah, mesej dari Luo Zheng untuk peminatnya di Malaysia . Korang jangan lepaskan peluang untuk bertentang mata dengan Luo Zheng sempena #iQIYIVIPAsiaTourxLuoZheng . Meet Luo Zheng in Kuala Lumpur . 📅 : 26 Ogos 2023 🕢 : 4PM 📍: Sunway Velocity . #LuoZheng #罗正 #iqiyimalaysia #Cdrama #SkipABeat #PerfectMismatch #TimeToFallinLove #NothingButYou ♬ B.O.M.B – TREASURE

Jadi, jangan lupa temu janji kita bersama Luo Zheng, Sabtu ini 26 Ogos di Sunway Velocity. Untuk mengelakkan kesesakan, sila datang awal. Jangan lupa juga untuk tonton drama-drama lakonan Luo Zheng di iQIYI Malaysia

loading...