Setelah 11 tahun bersama, BTOB dan Cube Entertainment kini berpisah

Setelah dilaporkan beberapa hari lepas mengenai kontrak BTOB dengan Cube Entertainment yang menghampiri tarikh akhir, kini media dimaklumkan BTOB akhirnya meninggalkan Cube Entertainment.

Pada 6 November, Cube Entertainment mengumumkan bahawa kontrak mereka dengan BTOB telah berakhir, dan kedua-dua pihak membuat persetujuan bersama untuk berpisah tanpa menandatangani kontrak pembaharuan. Setelah 11 tahun sejak BTOB dipromosikan di bawah Cube Entertainment, dengan ini ia menandakan berakhirnya momen pahit manis di antara kedua-dua belah pihak.

Cube Entertainment turut mengeluarkan kenyataan rasmi mereka seperti berikut :

Hello. Ini ialah Cube Entertainment.

Kami ingin membuat kenyataan rasmi mengenai aktiviti masa depan BTOB.

Kami ingin membuat kenyataan rasmi mengenai aktiviti masa depan BTOB.
“Hello. Ini Cube Entertainment.

Kami ingin membuat kenyataan rasmi mengenai aktiviti masa depan BTOB.

Kami telahpun berbincang dengan teliti dengan ahli untuk masa yang lama sebelum tamat kontrak eksklusif kedua kami dengan BTOB, dan kami membuat persetujuan bersama untuk tidak memperbaharui kontrak kami.

Dengan ini, Cube Entertainment, ahli BTOB; Seo Eunkwang, Lee Minhyuk, Lee Changsub, Lim Hyunsik, Peniel dan Yuk Sungjae mengakhiri hubungan kerja serta perjalanan kami selama 11 tahun.

BTOB, yang memulakan kerjaya mereka pada 21 Mac 2012. Mereka telah memantapkan diri sebagai kumpulan lelaki yang mewakili generasi ketiga K-pop dengan kemahiran menyanyi dan muziknya yang luar biasa digemari orang ramai.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada BTOB atas pencapaian membanggakan mereka sebagai ahli Cube Entertainment sejak sekian lama, dan kami berterima kasih kepada peminat mereka MELODY kerana sentiasa menyokong BTOB.

Hubungan antara Cube Entertainment dan BTOB malangnya telah berakhir di sini, tetapi kami dengan seikhlas hati akan menyokong pertumbuhan baharu dan masa depan cemerlang ahli BTOB yang mempunyai potensi tanpa had.

Mohon tunjukkan kasih sayang anda yang tidak berbelah bahagi kepada BTOB yang akan memulakan perjalanan baharu mereka.

Terima kasih.

BTOB memulakan kerjaya di bawah Cube Entertainment pada 2012. Pada 2018, semua ahli BTOB memperbaharui kontrak eksklusif mereka dengan Cube Entertainment.

BTOB Dalam Perbincangan Untuk Hak Tanda Dagangan Dengan Cube Entertainment

Dalam pada itu, Cube Entertainment menjelaskan mengenai nama kumpulan BTOB,

Kami secara positif sedang berbincang dengan ahli berkenaan hak tanda dagangan (trademark rights). Kami akan memberikan maklumat lanjut setelah kami mencapai keputusan muktamad. Pada masa ini, kami tidak dapat memberikan butiran khusus dan mengesahkan sumber maklumat yang disebutkan dalam artikel itu.

Terdahulu, pada 1 November, media melaporkan bahawa semasa BTOB menghampiri pembaharuan kontrak kedua mereka dengan Cube, kumpulan itu telah dirisik oleh agensi lain yang menawarkan mereka yuran kontrak kumpulan sebanyak 6 bilion won (kira-kira $4.6 juta). Menjelang 6 November, Sports Chosun melaporkan bahawa walaupun semua ahli BTOB komited untuk memastikan kumpulan itu utuh dan telah berunding mengenai syarat kontrak dengan Cube Entertainment sehingga peringkat akhir, rundingan pembaharuan itu gagal apabila Cube meminta sebahagian daripada jumlah hasil kumpulan itu dalam pertukaran untuk memberikan mereka hak tanda dagangan untuk menggunakan nama kumpulan.

Apapun, doakan yang terbaik untuk BTOB pada permulaan baharu mereka! Nantikan juga kemaskini mengenai trademark BTOB ini.

Sumber : 1 | 2 | 3 |

loading...