“Eh, mana ada kami ‘dating’,” Park Seo Joon & Park Min Young

Pasangan secocok dalam drama romantik tvN ‘What’s Wrong With Secretary Kim’ dikatakan berpacaran secara rahsia selama tiga tahun. Bagaimanapun, kedua pasangan ini menafikan berita yang hangat diperkatakan ini.

Sumber dari agensi Park Min Young, Namoo Actors menafikan bahawa beliau menyulam cinta dengan Park Seo Joon. Mereka menyatakan kepada portal berita Herald Business, “Kami telah mendengar khabar angin mengenai Park Min Young dan Park Seo Joon berpacaran. Mereka hanyalah rakan rapat. “

Terdahulu Park Seo Joon juga telah menafikan bahawa beliau berpacaran dengan Park Min Young yang juga merupakan gandingannya dalam drama ‘What’s Wrong With Secretary Kim’.

Pada 27 Julai, sumber dari agensi pelakon itu Awesome ENT menyatakan, “Park Seo Joon dan Park Min Young hanya rakan rapat. Laporan yang menyatakan mereka bertemu janji adalah tidak benar. Kami percaya bahawa terdapat banyak pihak  yang inginkan mereka berpacaran kerana keserasian mereka dalam drama tersebut. “

Ternyata gandingan kedua pelakon ini memberikan kesan kepada penonton dan boleh dikatakan mereka cukup serasi bersama.

Sumber : biz.herald| mydaily  | Naver

loading...