Hasil ujian awal dadah negatif, G-Dragon kongsi kenyataan hadir soal siasat secara sukarela

G-Dragon telah bercakap secara peribadi kepada media selepas sesi pertama soal siasatnya hari ini.

Pada 6hb, G-Dragon secara sukarela telah hadir ke Balai Polis Nonhyeon di Incheon untuk menjalani siasatan polis pertamanya berhubung dakwaan penggunaan dadah. Selepas soal siasat selama empat jam, apabila ditanya oleh wartawan mengenai keputusan ujian awal dadah, G-Dragon menyatakan,

Hasilnya negatif. Saya juga telah meminta pemeriksaan menyeluruh segera. Saya berharap agensi penyiasat dapat mengeluarkan keputusan yang tepat secepat mungkin.

G-Dragon secara rasmi didakwa atas pertuduhan berkaitan dadah di bawah Akta Kawalan Narkotik pada 25 Oktober. Beliau secara konsisten menafikan dakwaan itu, dengan menyatakan, “Saya tidak pernah menggunakan dadah,” dan secara sukarela menghadiri siasatan polis sambil berjanji untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan memberikan sebarang bahan berkaitan.

Semasa kemunculannya di balai polis, ketika disoal sama ada dia mengakui dakwaan penggunaan dadah, G-Dragon menjawab,

Saya tidak terlibat dalam sebarang jenayah berkaitan dadah. Saya datang ke sini untuk menjelaskannya. Saya akan menjalani siasatan dan selesaikan secepat mungkin.

Mengenai sama ada dia telah menyerahkan telefon bimbitnya, dia menjawab,

Saya belum serahkan, tetapi jika ia diperlukan pada masa akan datang dan berada dalam senarai barang yang perlu diserahkan, saya telah memaklumkan kepada [polis] bahawa saya bersedia menyerahkan ia.

Apabila ditanya sama ada dia bercadang untuk bekerjasama dengan sebarang saman tambahan untuk disoal siasat, dia menjawab,

Jika mereka menghubungi saya, saya akan mematuhinya.

Selepas itu, apabila ditanya sama ada polis telah mengemukakan sebarang bukti, G-Dragon menjawab,

Tidak ada. Saya tidak percaya akan ada.

Mengenai sama ada dia berpendapat penyiasatan hari ini tidak munasabah, dia berkata,

Saya tidak fikir ia tidak munasabah. Polis tiada motif peribadi untuk mengejar saya; mereka hanya menjalankan tugas mereka berdasarkan kenyataan seseorang. Saya juga berpendapat bahawa saya berada di sini untuk siasatan kerana ia adalah sebahagian daripada tugas saya untuk menafikan atau lebih tepat saya katakan, untuk membuktikan bahawa dakwaan itu tidak berasas. Jadi saya tidak akan mengatakan ia tidak munasabah tetapi dalam apa jua keadaan, saya berharap untuk penyelesaian yang adil, dan saya berharap tuntutan yang tidak disahkan tidak akan didesak.

Mengenai butiran penyiasatan, G-Dragon menjawab,

Siasatan ini sendiri, kedua-dua pihak polis dan saya tidak pasti tentang keadaannya. Pada akhirnya keputusan polis yang akan tentukan sama ada kenyataan saya akan membantu atau sebaliknya.

Saya sendiri masih tidak tahu tentang butirannya, tetapi apa yang saya harapkan ialah agensi penyiasat segera mengeluarkan keputusan peperiksaan terperinci secepat mungkin.

Dalam mesej kepada peminatnya, dia menyampaikan,

Saya harap anda tidak terlalu risau. Saya harap anda percaya kepada saya dan tunggu [hasilnya].

Pada masa ini, seramai 10 orang, termasuk G-Dragon dan pelakon Lee Sun-kyun, sedang disiasat oleh Agensi Polis Incheon kerana disyaki penyalahgunaan dadah. Peguam G-Dragon memberi amaran keras akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap laporan berunsur fitnah yang boleh membahayakan penyanyi itu.

Ketua kumpulan BIGBANG itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan skandal dadah pada 2011, di mana dia mengaku menggunakan ganja di sebuah kelab di Jepun tetapi berkata dia tidak tahu bahan apa yang diterima dan  digunakannya.

Ini membuatkan pihak pendakwa raya pada masa itu menggugurkan kes tersebut.

Terkini, G-Dragon telah memuat naik satu posting menyiarkan perkataan Cina ‘事必歸正’ (bermaksud ‘semuanya akhirnya kembali ke landasan yang benar’) di Instagramnya. Dia menjelaskannya,

Akhirnya, semua benda akan berjalan lancar. Walaupun perkara itu kelihatan tidak jelas pada mulanya,  jadi perkara yang tidak betul boleh menjadi benar buat sementara waktu tapi ia tidak akan kekal dan semuanya pasti akan kembali ke cara yang betul.

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4

loading...