Jisoo BLACKPINK, Park Jung Min dan ramai lagi buat penampilan istimewa dalam filem “Dr. Cheon And Lost Talisman”

Filem Korea yang akan datang “Dr. Cheon and Lost Talisman” telah berkongsi barisan pelakon yang mengagumkan yang akan tampil sebagai cameo!

Pada 20 September, pasukan produksi filem itu mengumumkan bahawa pelakon Park Myung Hoon, Lee Jung Eun, Cho Yi Hyun, Park Jung Min, dan Jisoo BLACKPINK akan membuat penampilan istimewa dalam filem itu.

“Dr. Cheon and Lost Talisman” mengisahkan Dr. Cheon (Kang Dong Won), seorang pengusir hantu palsu yang tidak percaya pada hantu. Walaupun skeptikal terhadap hantu, Dr. Cheon mempunyai wawasan yang luar biasa. Dia menjalankan saluran menghalau hantu melalui YouTube dan menyelesaikan pelbagai kes. Suatu hari, dia berdepan dengan kes kerasukkan sebenar apabila adik kepada Yoo Kyung (Esom) dirasuk.

Park Myung Hoon dan Lee Jung Eun, yang sebelum ini membawakan watak pasangan dalam filem “Parasite,” akan menyuntik elemen jenaka ke dalam cerita sebagai pasangan yang tinggal di kawasan Pyeongchang, di mana Dr. Cheon melakukan pengusiran hantu palsunya. Cho Yi Hyun akan menggambarkan anak perempuan mereka yang mempunyai keraguan tentang Dr. Cheon. Bersama-sama, mereka bertiga akan menggambarkan sebuah keluarga yang terjerat dalam skim eksorsisme palsu Dr. Cheon dan pembantunya In Bae (Lee Dong Hwi).

Sementara itu, Park Jung Min dan Jisoo BLACKPINK akan memikat hati penonton dengan chemistry mereka yang luar biasa di skrin. Park Jung Min akan membawakan watak bomoh terkenal yang dirasuk oleh “Seonnyeo” (bidadari), manakala Jisoo, membuat penampilan sulung filemnya dengan kameo ini, akan mempamerkan lakonan serba bolehnya sebagai bidadari.

Pengarah Kim Sung Sik mengulas mengenai pelakonan Jisoo, “Semasa mencari pelakon yang sesuai dengan imej bidadari, Jisoo terlintas di fikiran. Saya menjadi peminatnya menerusi drama ‘Snowdrop.’ Kami bernasib baik kerana jadualnya selaras dengan penggambaran.”

“Dr. Cheon and Lost Talisman” akan ditayangkan dipawagam pada 27 September. Tonton teaser filem tersebut seperti di bawah!

Sumber : 1

loading...