Masih setia, kesemua 7 ahli BTS perbaharui kontrak dengan HYBE & BIGHIT MUSIC

Secara rasminya, kesemua 7 ahli BTS telah memperbaharui kontrak mereka dengan HYBE dan BIGHIT MUSIC.

Pada 20 September, HYBE berkongsi, “Lembaga pengarah telah bersepakat untuk memperbaharui kontrak eksklusif kesemua tujuh ahli artis BIGHIT MUSIC, BTS.”

BIGHIT Music dan HYBE akan memperbaharui kontrak dengan setiap ahli BTS secara berurutan dengan mengambil kira situasi peribadi setiap ahli, seperti perkhidmatan tentera mereka. Anggota yang sedang berkhidmat dalam tentera – Jin dan J-Hope – akan memulakan kontrak baharu mereka pada 2025.

Dengan pembaharuan kontrak mereka, kami berharap dapat berkongsi dengan semua orang tempoh promosi penuh kumpulan untuk BTS pada tahun 2025.

HYBE dan Big Hit Music akan melakukan segala yang kami mampu untuk menyokong dan meningkatkan lagi status BTS.

– HYBE

Pada masa ini, ahli BTS membuat promosi secara individu selepas mereka berehat daripada promosi kumpulan. Jin dan J-Hope kini berkhidmat dalam tentera manakala Suga akan memulakan perkhidmatan tenteranya pada hujung minggu ini.

Dalam pada itu, RM turut menyiarkan gambar kontraknya serta mesej untuk ARMY:

Selamat maju jaya untuk BTS pada bab seterusnya!

Sumber : 1

loading...