Drama aksi beruniform “Bright Eyes in the Dark” tampilkan Johnny Huang, Zhang Jing Yi, Wang Zi Qi, Zhang Li He & ramai lagi

Nampaknya sebuah lagi drama China yang mengangkat tema aksi, misi menyelamat dan badan beruniform atau abang bomba “Bright Eyes in the Dark” telah memulakan tayangannya. Drama 40 episode ini adalah adaptasi daripada novel bertajuk Ta Cong Huo Guang Zhong Zou Lai karya Er Dong Tu Zi ini disiarkan di iQiyi. Selain itu, drama ini juga turut menyuntik elemen romantis, persahabatan dan kerjasama berkumpulan bagi menjadikannya lebih segar dan realistik.

Drama ini diarahkan oleh Tian Yi (“Chasing the Undercurrent”) dan Yi Yong (“Chasing the Undercurrent”), dan menampilkan Huang Jingyu / Johnny Huang (“Operation Red Sea,”, “My Dear Guardian”, “The Thunder”) dan Zhang Jingyi (“Run for Young,” “Lighter & Princess”) sebagai pelakon utama. Turut membintangi drama ini adalah Wang Zi Qi (“Once We Got Married”, “The Longest Promise”), Zhang Li He (“My Journey To You”,”Love Between Fairy and Devil”), Liu Jian Yu, Tang Xiao Tian dan ramai lagi. “Bright Eyes in the Dark” adalah drama inspirasi tegar menentang kebakaran yang dicipta oleh gold medal production team “Chasing the Undercurrent.”

Lin Luxiao (Johnny Huang) memiliki kemahiran memadam kebakaran yang luar biasa dan berpengalaman luas. Beliau ialah ketua Stesen Gerakan Khas di Jalan Heping di Bandar Beixun. Kerana takdirnya, dia dipilih untuk menjadi pengajar bagi sebuah rancangan realiti yang bertujuan untuk mempromosikan pengetahuan tentang memadam kebakaran.

Semasa rancangan itu, Lin Luxiao secara kebetulan bertemu dengan Nan Chu (Zhang Jingyi), seorang penari yang telah diselamatkannya daripada kebakaran beberapa tahun lalu. Tanpa diduga, Nan Chu menyimpan perasaan terhadap Lin Luxiao, tetapi Lin Luxiao cuba menjauhkan diri kerana merasakan profesionnya sangat hampir dengan bahaya yang akan membuatkan Nan Chu menyesalinya.

 

Generasi baharu bomba yang muda dan berani, seperti Shao Yi Jiu (Li Mingjun) dan Qin Shi Quan (Chen Kang), serta Lou Mingye (Wang Ziqi), yang membawa teknologi peralatan canggih dari luar negara, juga telah kembali ke Jabatan Bomba. Anggota bomba dari generasi yang berbeza bekerjasama dalam operasi menyelamat yang melibatkan kebakaran, gempa bumi dan misi penyelamatan udara, sehingga meningkatkan tahap keselamatan kebakaran di Beixun City.

 

Sehingga akhirnya Lin Lu Xiao menyedari perasaannya terhadap Nan Chu dan tidak mahu berjauhan darinya, tetapi kerja menyelamat diutamakan apabila kebakaran besar melanda bandar Beixun.

Barisan pelakon “Bright Eyes in the Dark”

  • Johnny Huang sebagai Lin Lu Xiao
  • Zhang Jing Yi sebagai Nan Chu
  • Tang Xiao Tian sebagai Jiang Ge
  • Zhang Jin sebagai Yu Qi Lei
  • Lu Si Yu sebagai Yang Zhen Gang
  • Li Ming Jun sebagai Shao Yi Jiu
  • Wang Zi Qi sebagai Lou Ming Zhi
  • Chen Kang sebagai Qin Shi Quan
  • Li Ming Jun sebagai Shao Yi Jiu
  • Zhang Ling He sebagai Lin Qi (adik Lu Xiao)

Jika anda gemarkan genre aksi yang penuh mendebarkan dan berlatarbelakang badan beruniform, drama ini mungkin menjadi pilihan anda. Biarpun ada beberapa drama yang memaparkan tugas bomba dan penyelamat, bagi penulis drama ini lebih menekankan peranan bomba secara lebih mendalam. Dalam pada itu, penonton juga akan diberikan sedikit tips yang mudah untuk mencegah kebakaran.

Jadi, nak tahu selanjutnya tentang kisah cinta Lu Xiao dan Nan Chu serts cabaran bomba dalam misi menyelamat mereka, jangan lupa untuk tonton selanjutnya “Bright Eyes in the Dark” menerusi platform iQIYI. Jom tengok trailer drama ini seperti di bawah

loading...