Si cantik manis, Kim Sejeong akan kunjungi Malaysia untuk konsert solo pertamanya Oktober ini. Tiket mula dijual 14 September

Penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan, KIM SEJEONG, bersedia untuk mengadakan konsert pertamanya di Malaysia! “2023 KIM SEJEONG 1st CONCERT TOUR ‘The 門’ IN KUALA LUMPUR” , anjuran ACO MEDIA, bersama bersama METALIVE WORLD & SUNNY SIDE UP akan berlangsung pada 29 Oktober 2023 (AHAD), jam 5:00 PM, di MEGA STAR ARENA, KUALA LUMPUR.

Pada 2016, KIM SEJEONG telah menyertai rancangan realiti Korea Selatan “PRODUCE 101” dan mendapat tempat kedua. Dia kemudiannya memulakan kerjaya sebagai ahli I.O.I.. Pada bulan Jun tahun yang sama, KIM SEJEONG menyertai kumpulan gadis Korea Selatan – Gugudan sebagai vokalis utama. Diiktiraf kerana kemahiran vokalnya yang mengagumkan, dia telah mengeluarkan single solo pertamnya “Flower Way” pada November 2016. Tidak terhenti di situ, KIM SEJEONG mula mengeluarkan beberapa lagi single solo dan menyumbang vokal untuk runut bunyi untuk beberapa drama televisyen seperti ‘All of My Days (Crash Landing on You), “Love, Maybe” (Business Proposal) dan beberapa lagi.

Di samping pencapaian cemerlangnya dalam bidang nyanyian, KIM SEJEONG juga telah mencatatkan kejayaan dalam bidang perfileman, televisyen, dan pelbagai rancangan variety. Pada tahun 2017, wataknya sebagai Ra Eun-Ho dalam “School 2017” memperoleh anugerah “Pelakon Baharu Terbaik” di Anugerah Drama KBS ke-31. Kerjasamanya dengan Ahn Hyo-seop dalam drama “Business Proposal” telah meningkatkan popularitinya sebagai pelakon. Malah keserasian mereka berdua menjadi perhatian ramai sehingga dinobatkan sebagai “Pasangan Terbaik” di Anugerah Drama SBS 2022. Persembahan luar biasa KIM SEJEONG dalam drama itu turut mengukir satu lagi kejayaan di mana beliau menerima anugerah “Female Top Excellence Award in Comedy / Romance Miniseries” pada majlis anugerah yang sama.

Tahun ini, KIM SEJEONG akhirnya bersedia untuk kembali dengan album penuh pertamanya berjudul “Door” pada 4 September. Album ini akan merangkumi dua konsep yang berbeza, sekaligus meningkatkan jangkaan di kalangan peminatnya. Untuk pengetahuan, Kim Sejeong menulis bersama muzik untuk lagu “Voyage” bersama Coke paris dan Kim Gi San. Manakala liriknya ditulis sepenuhnya oleh KIM SEJEONG sendiri. Antara lagu lain yang dimuatkan dalam album ini adalah “Indigo Promise”, “Top or Cliff”, “If We Do” dan beberapa lagi.

Menyambut kehadirannya kembali sebagai seorang penyanyi,  KIM SEJEONG akan memulakan siri jelajah konsert solo pertama sejak penampilan sulungnya, bermula di Seoul pada 23 September. Apa yang menarik, Kuala Lumpur, Malaysia merupakan salah satu destinasi siri jelalah ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan mencipta memori bersama  ‘GOD SEJEONG’, pada 29 Oktober ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

Tiket “2023 KIM SEJEONG 1st CONCERT TOUR ‘The 門’ IN KUALA LUMPUR” akan mula dijual pada 14 September (Khamis) bermula jam 11 Pagi menerusi laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/. Sila pastikan anda membeli dan mendapatkan tiket hanya melalui ticket2u bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Harga Tiket: VIP RM888 | CAT 01 RM688 | CAT 02 RM488 | CAT 03 RM288 (Tidak termasuk caj transaksi RM4 bagi setiap tiket). Berikut merupakan pelan tempat duduk dan keistimewaan pemegang tiket sebagai rujukan.

2023 KIM SEJEONG 1st CONCERT TOUR ‘The 門’ IN KUALA LUMPUR
Date: October 29, 2023 (Sunday)
Time: 5:00 PM
Venue: Mega Star Arena, Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, sila follow ACO MEDIA menerusi akaun Facebook dan Instagram.

loading...