Go Kyu Pil akan kahwini penyanyi Amin November ini & Kim Nam Gil akan mengacarakan majlis tersebut

Pelakon Go Kyu Pil akan berkahwin dengan kekasih hatinya.

Pada 6 September, agensi Go Kyu Pil mengeluarkan kenyataan bagi mengumumkan rancangan perkahwinan pelakon itu seperti di bawah:

Hello. Ini adalah BIG BOSS Entertainment.

Pelakon Go Kyu Pil akan melangsungkan perkahwinan dengan teman wanita yang sekian lama bersamanya pada 12 November.

Selepas mengekalkan hubungan yang lama dengan penyanyi-penulis lagu Amin (nama sebenarnya Min Soo Yeon), yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya, hubungan mereka semakin bahagia dan kukuh sehingga mereka percaya kedua mereka dicipta untuk bersama sepanjang hayat mereka.

Majlis perkahwinan akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh keluarga, saudara mara dan kenalan rapat mereka. Jadi, kami tidak akan berkongsi sebarang butiran lanjut mengenai majlis mereka dan kamu sangat harap anda faham.

Kami amat berterima kasih kepada semua orang yang sentiasa menghantar sokongan yang tidak berbelah bagi dan kasih sayang kepada pelakon Go Kyu Pil. Sila kirimkan ucapan tahniah dan galakan yang banyak kepada Go Kyu Pil, yang akan memulakan perjalanan baharu bersama seseorang yang istimewa sepanjang hayatnya.

Go Kyu Pil akan terus berusaha untuk memberikan hasil kerjanya sebagai seorang pelakon yang baik dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda. Jadi, nantikan projek-projek terbarunya akan datang.

Terima kasih.

Dalam pada itu, media juga turut melaporkan bahawa pelakon Kim Nam Gil akan perasmi dan hos perkahwinan Go Kyu Pil. Untuk pengetahuan, kedua mereka pernah membintangi drama bersama menerusi “The Fiery Priest.”

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, agensi Kim Nam Gil GILSTORY ENT berkongsi, “Kim Nam Gil akan menjadi hos perkahwinan Go Kyu Pil. Kim Nam Gil sudah lama berjanji dengan Go Kyu Pil bahawa dia akan merasmikan [perkahwinan] apabila dia berkahwin, dan dia akhirnya dapat menunaikan janji itu kali ini.”

Dilahirkan pada tahun 1982, Go Kyu Pil memulakan kerjaya menerusi filem “Kid Cop” pada tahun 1993 dan telah melakonkan beberapa pelbagai watak dalam pelbagai produksi seperti drama “Squad 38,” “Life on Mars,” “The King’s Affection” dan “Lovers of the Red Sky” serta filem “On Your Wedding Day” dan “Honest Candidate.” Terbaru, pelakon itu menerima sokongan yang hangat untuk peranannya sebagai Cho Rong dalam filem “The Roundup: No Way Out,” yang dikeluarkan pada bulan Mei dan kutipan filem itu telah melepasi 10 juta tontonan menjelang Julai.

Tahniah kepada Go Kyu Pil dan bakal isterinya!

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...