10 seleksi drama Korea terbaru akan bersiaran sepanjang September ini

Chinguu, Annyeong!! Seperti biasa, kami kembali lagi dengan listing drama Korea terbaru yang akan ditayangkan sepanjang September 2023 ini untuk tontonan korang. Jadi, jom tambah koleksi drama korang! Agak-agak dah berapa banyak drama Korea tahun 2023 yang dah korang tonton?

Well, ada 10 drama Korea yang terbaru akan jadi peneman dan hiburan korang. Let’s check it out the list. 

1. A Time Called You

  • Tarikh Tayangan: 8 September 2023
  • Penyiar:  Netflix
  • Barisan Pelakon: Ahn Hyo Seop, Jeon Yeo Been, Kang Hoon

“A Time Called You” ialah sebuah drama yang diadaptasi daripada siri popular Taiwan bertajuk “Someday or One Day”. Drama ini mengisahkan Han Jun-hee (Jeon Yeo-been) yang tidak dapat melupakan teman lelakinya walaupun sudah setahun meninggal dunia.

Suatu ketika, Han Jun-hee mengembara kembali ke tahun 1998 dan bangun sebagai pelajar sekolah menengah bernama Kwon Min-joo. Di sana, dia bertemu dengan seorang lelaki muda merangkap rakan sekolahnya bernama Nam Shi-heon (Ahn Hyo-seop), yang kelihatan seperti mendiang teman lelakinya.

Sudah tentu, ini membuatkan Han Jun-hee, yang berada di dalam badan Kwon Min-joo, terkejut dan tidak percaya melihat persamaan yang sangat ketara antara Nam Shi-heon dan Ko Yeon Jun. Melengkapkan kisah cinta tiga segi ialah In Gyu (Kang Hoon), kawan kepada Shin-heon yang telah lama memendam cinta terhadap kepada Min-joo.

2. The Day / The Kidnapping Day

  • Tarikh Tayangan: 13 September 2023
  • Penyiar: Prime Video Malaysia
  • Barisan Pelakon: Yoon Kye Sang,  Yoo Na, Park Sung Hoon, Kim Shin Rok

Diadaptasi dari novel Korea dengan judul yang sama, “The Kidnapping Day” mengisahkan tentang ikatan antara seorang penculik yang naif dan seorang kanak-kanak genius akan bekerjasama disaat mereka mendapati diri mereka terlibat dalam situasi yang tidak terduga.

Kim Myung Joon (Yoon Kye Sang), seorang penculik yang kali pertama menculik seorang gadis, Choi Ro Hee (Yoo Na) berusia 11 tahun untuk mengumpul wang bagi membiayai kos hospital anak perempuannya. Disebabkan insiden yang melibatkan dirinya secara tidak sengaja, Kim Myung Joon diburu sebagai suspek pembunuhan. “The Day” akan menggambarkan perkongsian istimewa antara seorang penculik berhati lembut dan seorang gadis ibarat ikatan seorang ayah dan anak  dalam satu perjalanan yang penuh cabaran lagi menghiburkan untuk mencari kebenaran.

3. Han River Police

  • Tarikh Tayangan: 13 September 2023
  • Penyiar: Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Kwon Sang Woo, Kim Hee Won, Lee Sang Yi, Bae Da Bin, Shin Hyeon-seung

“Han River Police” akan memaparkan kisah menarik tentang sepasang pegawai polis dengan personaliti bertentangan. Sarjan Dujin, yang dilakonkan oleh Kwon Sang-woo, ialah seorang lelaki panas baran namun bertanggungjawab untuk memastikan destinasi riadah yang paling ikonik di Seoul selamat. Dia kerap membuat rondaan di tebing sungai Han bersama Leftenan Chunseok, lakonan Kim Hee-won, rakan sekerja yang tidak bersemangat.

Mereka turut dibantu oleh rakan sekerja yang lain, Do Na-hee (Bae Da-bin) dan Kim Ji-soo (Shin Hyun-seung). Para pegawai di sana bertugas untuk melindungi penduduk Sungai Han dan kawasan sekitarnya dan menyelesaikan pelbagai konspirasi jenayah. Apabila konspirasi jenayah berlaku di hadapan mereka, pasangan itu akan bekerjasama menghadapi situasi sukar dalam menjalankan tugas mereka.

4. The Escape of the Seven

  • Tarikh Tayangan: 15 September 2023
  • Penyiar: SBS | Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Uhm Ki Joon, Hwang Jung Eum, Lee Joon, Lee Yoo Bi, Shin Eun Kyung, Yoon Jong Hoon, Jo Yoon Hee,  Jo Jae Yoon

“The Escape of the Seven” mengikuti kisah tujuh watak yang terlibat dalam kehilangan seorang gadis muda, yang terjerat dalam jaringan pembohongan dan cita-cita yang rumit.

Di tengah-tengah misteri itu, tujuh watak yang terlibat adalah ialah Matthew Lee (Uhm Ki-joon), seorang lelaki yang menyendiri di sebalik syarikat platform mudah alih terbesar Korea dan Geum Ra-hee (Hwang Jung-eum), seorang CEO yang kehausan dana bagi sebuah syarikat penerbitan drama yang sedang mencari anak perempuan yang ditinggalkannya.

Ra-hee berada dalam persaingan sengit dengan Cha Ju-ran (Shin Eun-kyung) untuk mewarisi warisan yang besar. Turut membintangi siri ini ialah Lee Joon sebagai bekas gangster Min Do-hyeok, Lee Yoo-bi sebagai Han Mo-ne, seorang gadis kaya yang mengimpikan untuk menjadi idola dan Yoon Jong-hoon sebagai Yang Jin- mo, CEO sebuah syarikat hiburan yang tamak. Sementara itu, Go Myung-ji (Jo Yoon-hee) merupakan seorang guru seni yang sederhana yang menyebarkan pembohongan untuk melindungi rahsia yang berharga.

5. Arthdal Chronicles: The Sword of Aramun

  • Tarikh Tayangan: 16 September 2023
  • Penyiar: tvN | Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Jang Dong-gun, Lee Joon-gi, Shin Saek-yeong, Kim Ok-bin

“Arthdal Chronicles” ialah drama fantasi epik tentang wira yang mencipta legenda mereka sendiri di tanah mitos Arth. Musim 2 akan menggambarkan kisah tentang apa yang berlaku di Arth kira-kira sedekad kemudian. Sepanjang lebih lapan tahun, Arthdal berjaya menyekat pemberontakan besar-besaran puak yang disembelih oleh Targon pada Musim 1, dan Agos akhirnya mencapai penyatuan semula 30 puak di bawah pimpinan Eun Seom selepas 200 tahun. Dalam Musim 2, Kerajaan Arthdal Ta Gon dan Kesatuan Ago Eun Seom akan menghadapi perang besar yang tidak dapat dielakkan.

“Arthdal Chronicles: The Sword of Aramun” dibintangi oleh Jang Dong-gun, Lee Joon-gi, Shin Saek-yeong, dan Kim Ok-bin. Antara konflik yang timbul termasuklah perebutan takhta, konflik keluarga, dan kisah cinta tiga segi.

6. Live Your Own Life / Hyo Shim’s Independent Life

  • Tarikh Tayangan: 16 September 2023
  • Penyiar: KBS2
  • Barisan Pelakon: Uee, Ha-Joon, Ko Joo-won

“Live Your Own Life” merupakan drama hujung minggu di mana ia mengisahkan Lee Hyo Shim yang penyayang, yang akhirnya memutuskan untuk meninggalkan keluarganya untuk berdikari dan mengejar kebahagiaannya sendiri daripada mereka. Uee memainkan watak Lee Hyo Shim, seorang anak perempuan yang berbakti kepada keluarganya. Memandangkan dia secara semula jadi ahli sukan dan mahir dalam aktiviti fizikal, dia dengan mudah mendapat pekerjaan sebagai jurulatih peribadi sebaik sahaja menamatkan pengajian di sekolah menengah dan kini bekerja di pusat kecergasan di Gangnam sambil menyara keluarganya.

Manakala, Ha Jun sebagai Kang Tae Ho seorang lelaki pintar serta kacak dan kini berkhidmat sebagai pengarah bahagian perancangan di sebuah syarikat konglomerat. Kang Tae Ho bertemu jurulatih Lee Hyo Shim di pusat kecergasan. Dia kemudiannya akan menjalinkan hubungan dengan Lee Hyo Shim selepas kejadian yang tidak dijangka.

7. Tumbling Family

  • Tarikh Tayangan: 18 September 2023
  • Penyiar: KBS2
  • Barisan Pelakon: Nam Sang Ji, Lee Do Kyum, Kang Da Bin, Lee Hyo Na

“Tumbling Family” adalah drama harian yang mengisahkan sepasang suami isteri yang berpisah kerana kebencian 30 tahun lalu. Kerana kasih sayang akan anak-anak mereka, mereka bersatu semula sebagai mertua dan menjalinkan hubungan yang kompleks.

Ia kemudiannya mengatasi konflik lama dan dendam untuk bersatu semula dalam drama keluarga komedi yang mengharukan. “Tumbling Family” mendapat perhatian sebagai projek pembinaan semula keluarga untuk menjadi keluarga sejati.

8. Song of the Bandits

  • Tarikh Tayangan: 22 September 2023
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim Nam Gil, Seohyun Girls’ Generation, Yoo Jae Myung, Lee Hyun Wook dan Lee Ho Jung.

“Song of The Bandits” berlatarkan tahun 1920-an, semasa zaman penjajahan Jepun yang huru-hara di Korea. Ramai orang Korea kemudiannya berhijrah ke Jiandao di China. Di sana, pendatang ini menetap dan bersatu untuk melindungi wilayah mereka.

Disebabkan keadaaan, Lee Yoon (Kim Nam-gil) yang berkhidmat dalam tentera Jepun di Korea Selatan terpaksa meninggalkan segala-galanya dan pergi ke Jiandao. Tetapi di sana, dia menjadi penyamun untuk melindungi penduduk lain.

Askar Jepun, tentera kemerdekaan Korea, pembunuh upahan dan penyamun akan mengacukan senjata ke arah satu sama lain untuk kepentingan berbeza di tanah tanpa undang-undang, Gando. Melalui watak rekaan, sejarah kekalahan akan bertukar menjadi sejarah kemenangan. Siri ini dibintangi oleh Kim Nam Gil, Seohyun Girls’ Generation, Yoo Jae Myung, Lee Hyun Wook dan Lee Ho Jung.

9. Twinkling Watermelon

  • Tarikh Tayangan: 25 September 2023
  • Penyiar: tvN | Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Ryeoun, Choi Hyun-wook, Seol Inah, Shin Eun-soo

“Twinkling Watermelon” ialah sebuah drama fantasi yang akan datang pada zaman kanak-kanak di mana Eun Gyeol (Ryeoun), seorang pelajar CODA (child of deaf adult/ anak daripada keluarga yang pekak) yang dilahirkan dengan keistimewaan dalam muzik. Dia seorang pelajar contoh pada siang hari dan bermain gitar bersama kumpulannya pada waktu malam. Suatu hari, dia melawat sebuah kedai alat muzik misteri dan mengembara ke tempat yang asing. Di sana, dia membentuk kumpulan Watermelon Sugar bersama bapanya Lee Chan (Choi Hyun Wook), yang merupakan pelajar sekolah menengah pada masa itu, dan beberapa remaja misteri yang lain.

10. The Worst of Evil

  • Tarikh Tayangan: 25 September 2023
  • Penyiar: Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Ji Chang-wook, Wi Ha-joon, Im Se-mi

Berlatarkan Seoul pada tahun 1990-an, seorang bekas DJ, Jung Gi-cheol (lakonan Wi Ha Joon) mengambil alih tampuk pimpinan kumpulan jenayah dan mula mengedarkan ubat baharu yang popular, “Gangnam Crystal” di kelab malam. Dengan maklumat terhad mengenai sumber berkaitan, seorang pegawai polis di luar bandar direkrut untuk menyamar dan menyusup masuk ke dalam kumpulan itu untuk menumpaskan jenayah itu dari akar umbinya.

Terpaksa menyembunyikan tugasan baharunya daripada semua orang, pegawai Park Jun Mo (Ji Chang Wook) terkejut apabila mengetahui isteri dan rakan sekerjanya, Yu Eui Jeong (Im Semi), telah menawarkan diri untuk tugasan yang sama dan mempunyai kisah silam yang misteri dengan dalang dadah baharu itu. Berbelah-bahagi antara dedikasi terhadap tugasnya dan terpaksa memastikan isterinya selamat, aksi Jun Mo akan membuatkan penonton tegang sehingga ke penghujungnya.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...