Gara-gara isu Ciipher, penyanyi Rain diboikot peminat ketika buat persembahan di KCON LA 2023 dengan ‘Black Ocean’

KCON LA 2023 yang berlangsung sealama 3 hari bermula 18 Ogos sehingga 20 Ogos telahpun berakhir. Antara artis yang membuat persembahan adalah Rain (juga dikenali sebagai Jung Jihoon), yang telah aktif dalam industri sejak 1998, menerajui artis solo dan kerjaya lakonan yang sangat berjaya.

Rain juga merupakan CEO RAIN Company yang memainkan peranan besar dalam penampilan sulung Ciipher, kumpulan pertama label itu. Peminat kumpulan itu kecewa apabila Rain diumumkan menyertai barisan artis KCON LA 2023, kerana dia sering disebut sebagai punca utama kekurangan promosi kumpulan itu berikutan penyertaan ahli dalam rancangan survival. Bukan itu sahaja, tetapi empat ahli Ciipher — Tan, Tag, Dohwan, dan Won — baru-baru ini diumumkan akan meninggalkan kumpulan itu, manakala tiga ahli yang tinggal akan meneruskan aktiviti masing-masing dan “menyusun semula menjadi pasukan baharu pada masa hadapan.”

Ciipher bukanlah satu-satunya kumpulan K-Pop yang mana peminat percaya bahawa Rain bertanggungjawab atas nasib malang mereka. Oleh itu, ramai yang mencadangkan “lautan hitam (black ocean),” sebagai tanda protes di mana penonton pada acara itu mematikan lampu telefon bimbit serta lightsticks mereka semasa persembahan artis.

Jadi, adakah “Black. Ocean” ini berjaya? Beberapa penonton melaporkan bahawa Rain memang  menerima layanan yang dingin dalam bentuk lautan hitam.

Selain itu, Rain juga turut di ‘boo’ oleh penonton. Biarpun memberikan persembahan yang penuh bertenaga, dengan menunjukkan badan yang sado, Rain tetap mendapat sambutan yang dingin dan kurang mesra.

@hongsanbf black ocean (kinda) and booed him after every song LMFAOOO it got awfully quiet during his performance #hongsanbf #kcon #kcon2023 #kconla #rain ♬ original sound – ciel :3

Beberapa peminat menyatakan bahawa apabila Rain muncul di pentas, seluruh penonton terdiam, dengan ramai penonton tidak memberi tumpuan kepada persembahan nya. Namun bagi peminat Rain, mereka tetap memberi sorakan.

Namun jika diamati dari sudut yang positif, Rain masih lagi mendapat perhatian para peminat mungkin dalam skala yang sederhana. Mungkin segelintir sahaja peminat yang terkesan dengan isu Ciipher terutama peminatnya di Korea. Sungguh pun begitu, penonton tetap menyanyi dan bersorak ketika Rain membuat persembahan terutama persembahan ikoniknya menerusi lagu ‘Rainism’. Rasanya peminat Rain di Malaysia tetap akan memberikan sokongan kepada suami kepada Kim Tae Hee ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RAIN♥ (@rain_oppa)

Apapun, diharap Rain dapat belajar daripada pengalaman dari persembahannya di KCON LA 2023 ini. Dek kerana didakwa membiarkan kumpulan yang bernaung di bawah labelnya seperti MBLAQ, MadTown dan kini Ciipher terumbang-ambing dan tidak mendapat hak mereka dan layanan sepatutnya, Rain dilihat terus mendapat kecaman peminat. Dia dilihat lebih mempromosikan diri sendiri berbanding kumpulan yang ditubuhkannya.

Semoga di masa akan datang, Rain akan lebih cakna, lebih perihatin dengan pengurusan artis-artis di bawah labelnya supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Tidak hanya tertumpu pada dirinya sahaja, anak-anak kapal yang lain perlu mendapat layanan yang sama, baru lah kapal yang dikemudi berlayar dengan megahnya.

Sumber : 1