7 pemenang “Queendom Puzzle” ini akan debut sebagai EL7Z UP

UPDATE :

Pada 16 Ogos, Mnet secara rasmi mengumumkan bahawa EL7Z UP, girl group dengan tujuh ahli baharu yang ditubuhkan menerusi rancangan survival “Queendom Puzzle,” kini sedang siap sedia untuk membuat penampilan sulung mereka pada bulan September.

EL7Z UP juga akan memulakan siri jelajah global, bermula dengan konsert peminat di Jepun: kumpulan itu akan membuat persembahan di Saitama pada 22 Oktober dan Osaka pada 24 Oktober.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk menantikan debut EL7ZUP ini.

Artikel sebelum

Mnet “Queendom Puzzle” Mnet telah mendedahkan barisan terakhir untuk projek kumpulan gadisnya iaitu EL7Z UP!

Merupakan spin-off daripada rancangan survival popular “Queendom”, “Queendom Puzzle” menampilkan idol—termasuk ahli kumpulan girl group yang tetap aktif—berjuang untuk mendapatkan tempat dalam projek kumpulan gadis dengan tujuh ahli baharu yang dipanggil EL7Z UP (anagram perkataan ” TEKA-TEKI”).

Selain mengeluarkan album bersama, EL7Z UP akan mengadakan siri jelajah global dan membuat persembahan istimewa di Anugerah MAMA 2023.

Walau bagaimanapun, setiap ahli masih boleh mempromosikan sebarang aktiviti bersama kumpulan asal mereka (atau solo) bersama dengan aktiviti mereka untuk EL7Z UP.

Pada 15 Ogos, rancangan itu menyiarkan pertandingan akhir secara langsung yang sangat dinanti-nantikan ramai, di mana ia mengumumkan tujuh pemenang yang akan memulakan kerjaya sebagai ahli EL7Z UP. Keputusan ditentukan berdasarkan 50 peratus undian global yang dibuat melalui aplikasi Mnet Plus dan 50 peratus lagi berdasarkan undian netizen Korea sama ada melalui aplikasi atau teks.

Queendom Puzzle dan para peserta telah membuktikan potensi muzik mereka dengan mencabar konsep merentas genre melalui pelbagai kombinasi setiap masa. Di sebalik usaha gigih mereka, mereka tidak teragak-agak dan terus mencabar diri sendiri tanpa had. Jadi, mereka yang telah dipilih adalah mereka tidak perlu dinafikan lagi kehebatannya.

Berikut ialah tujuh peserta teratas yang akan membuat debut bersama dalam kumpulan baharu EL7Z UP:

1. Hwiseo H1-KEY – 444,495 Undian


2. Nana woo!ah! – 430, 450 Undian


3. Yuki PURPLE KISS – 394, 649 Undian


4. Kei Lovelyz – 371,096 undian


5. Yeoreum WJSN – 371,096 undian


6.  Yeonhee Rocket Punch – 358,059 undian


7. Yeeun CLC – 350,517 undian

Tahniah diucapkan kepada 7 ahli kumpulan EL7Z UP!

Sumber : 1, 2

loading...