Dalam satu update baru-baru ini oleh netizen, Won Bin dilihat telah menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar atau lebih senang menjalani kehidupan di desa. Biarpun jauh dari kesibukkan kota, pesona Won Bin masih kekal sama. Pelakon terkenal itu masih nampak anggun dalam menjalani kehidupan barunya dengan tenang.
Selepas mencipta kerjaya yang cemerlang dalam dunia hiburan Korea, keputusan kekasih hati idaman ramai ini memilih untuk mengundur diri daripada dunia glamor dan menjalani kehidupan yang lebih tenang seperti orang lain bersama isteri tersayang, Lee Na Young. Perkara ini secara tidak langsung mencetuskan rasa ingin tahun peminat dan ada juga yang mengagumi keputusan yang dibuat Won Bin. Keberadaan Won Bin sentiasa mendapat perhatian yang ketara dalam pelbagai komuniti dalam talian dengan peminat tertanya-tanya bilakah pelakon itu akan kembali ke layar perak.
Won Bin tidak pernah muncul dalam mana-mana karya sejak filem ‘The Man From Nowhere,’ 13 tahun lalu di mana dia memegang watak Cha Tae Sik. Filem ini mendapat banyak pujian dan menjadi salah satu filem Won Bin yang paling diiktiraf. Untuk pengetahuan, ‘The Man From Nowhere’ adalah projek terakhir Won Bin, manakala drama “Friends” adalah drama terakhirnya. Won Bin berkahwin dengan pelakon Lee Na Young pada 2015.
Baru-baru ini, seorang netizen berkongsi di satu forum popular Korea, Theqoo bahawa Won Bin telah mengikuti kelas memasak di mana dia telah membuat minyak bijan dengan tangan dan berkongsi dengan kenalannya.
Siaran itu mendedahkan bahawa Won Bin sebenarnya sedang menyesuaikan diri dengan kawasan luar bandar dan menjalani kehidupan yang tenang dan mendamaikan.
Peminat dan netizen memberi komen,
Saya masih fikir tidak ada pelakon yang boleh kalahkan visual Won Bin. Saya harap dia akan kembali.
Macam mana dia bergambar di luar bandar?
Saya faham personalitinya membuatkan dia sangat berhati-hati dalam memilih kerja seterusnya dan saya faham dia gembira (dengan kehidupannya kini) tetapi saya masih mahu melihatnya dalam projek lain. Sudah lebih 10 tahun.
Saya nak tinggal di luar bandar juga seperti dia, jika saya mempunyai wang.
Dia masih lagi kacak.
Tolong beri saya minyak bijan juga.
Bagaimana dia kekal muda?
Sekurang-kurangnya lakukan YouTube supaya kami dapat melihat anda lebih kerap!
Boleh tak awak bagi minyak bijan pada saya?
Saya tidak kisah bahawa dia menjalani kehidupan yang sederhana. Asalkan dia gembira.
Dia adalah petani paling kacak di dunia.
Seorang netizen menyebut penampilan Won Bin, “Mengapa orang yang menikmati kehidupan pedesaan memiliki kulit yang bersih dan cantik?” dalam satu perkongsian yang lain.
Di samping itu, seorang wanita yang kelihatan rapat dengan Won Bin dan Lee Na Young menulis dimedia sosialnya,
Jus Aronia dibuat oleh pasangan Won Bin dan Lee Na Young sendiri. Saya pergi bersenam setelah sekian lama dan akhirnya dapat! Ia sangat pahit sehingga saya tidak boleh meminumnya sebagai jus mentah. Jika saya minum sesuatu yang pahit seperti ini, bolehkah saya jadi cantik macam Na Young?
Daripada ini, dapat dilihat bahawa Won Bin dan Lee Na Young menikmati kehidupan yang sederhana seperti bercucuk tanam di rumah dan mengagihkan hasil tanaman kepada orang sekeliling.