Lee Se Young dan pelakon Jepun Sakaguchi Kentaro ditawar bintangi drama Korea yang akan datang

Pelakon Lee Se Young dan pelakon Jepun Kentaro Sakaguchi mungkin akan dipertemukan dalam drama akan datang “Things that Come After Love.”

Pada 25 Julai, JTBC  Entertainment News melaporkan bahawa Lee Se Young dan Kentaro Sakaguchi akan menjadi watak utama dalam “Things that Come After Love,” tetapi agensi itu menjelaskan bahawa ia adalah salah satu projek yang mereka terima tawaran.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, agensi Lee Se Young Prain TPC berkongsi, “Ia adalah salah satu projek yang mana telah ditawarkan kepadanya.  Buat masa ini, belum diputuskan apa-apa lagi.”

“Things that Come After Love” adalah berdasarkan novel yang ditulis bersama oleh pengarang Gong Ji-young dan Tsuji Hitonari, yang menggambarkan kisah cinta antara seorang wanita Korea dan seorang lelaki Jepun yang diterbitkan pada 2005.

Sementara itu, Lee Se Young akan membintangi drama baharu MBC “The Contract Marriage of Miss Oh.” Manakala, Kentaro Sakaguchi akan mengadakan pertemuan peminat pertamanya di Korea pada bulan September.

Sumber: 1 | 2

loading...