Kim Woo Bin dan Kim Sung Kyun sah terajui filem aksi komedi terbaru Netflix

Nampaknya Kim Woo Bin akan bergandingan dengan Kim Sung Kyun untuk projek filem Netflix yang baru.

Pada 26 Julai, Netflix mengesahkan penerbitan filem aksi-komedi ‘Officer Black Belt,’ yang akan diterajui Kim Woo Bin dan Kim Sung Kyun.

‘Official Black Belt’ membawakan tema aksi komedi yang mengisahkan tentang Lee Jung Do (lakonan Kim Woo Bin), seorang artis bela diri yang berkemahiran tinggi dengan tali pinggang hitam level 9 dalam taekwando, kendo dan judo. Dia kemudian bergabung tenaga dengan pegawai  (dalam tempoh percubaan) Kim Seon Min (dilakonkan oleh Kim Sung Kyun), yang sering memuji gerak hati Jung-Do yang hebat untuk mengesan jenayah dan kemahiran seni mempertahankan dirinya. Bersama-sama, mereka memantau individu yang memakai gelang kaki elektronik sebagai sebahagian daripada percubaan mereka dan berusaha untuk mencegah jenayah daripada berlaku.

Baiklah, pegawai seni mempertahankan diri di sini adalah mereka yang berkelayakan serta ditugaskan untuk memantau individu yang sedang dalam percubaan dengan gelang kaki elektronik. Mereka ini berada di bawah pengawasan kerana mereka berisiko tinggi untuk mengulangi melakukan jenayah dan melindungi keselamatan rakyat dengan mencegah jenayah.

Lee Jung Do digambarkan sebagai seorang lelaki biasa tetapi mempunyai kebolehan dalam pengesanan jenayah yang luar biasa serta berkemahiran tinggi dalam aksi mempertahankan diri. Watak Lee Jung Do  dijangka memikat penonton dengan gabungan pesona dan kehebatan mempertahankan diri.

Kim Sung Kyun akan memainkan watak Kim Seon Min, seorang pegawai percubaan yang menguruskan penjenayah ganas yang memakai gelang kaki elektronik kerana dia mahu melakukan sesuatu yang baik untuk masyarakat. Seon Min mengiktiraf bakat luar biasa dan firasat Jung Do dan menggalakkannya menjadi pegawai seni mempertahankan diri.

Kisah mereka ini bermula apabila Jung Do secara tidak sengaja menyelamatkan seorang pegawai seni mempertahankan diri daripada diserang oleh penjenayah yang memakai gelang kaki elektronik dan mula bekerja sebagai pekerja sementara selama lima minggu. Bersama-sama, mereka memantau individu yang memakai gelang kaki elektronik sebagai sebahagian daripada percubaan mereka dan berusaha untuk mencegah jenayah daripada berlaku.

“Officer Black Belt” akan mendapat khidmat sentuhan daripada pengarah Kim Joo Hwan dari filem “Midnight Runners” dan drama “Bloodhounds.” Peminat boleh menjangkakan tahap aksi dan komedi yang akan dipertingkatkan dalam filem yang akan datang ini. Jadi, stay tuned for more updates!

Sumber : 1 |

loading...