Axiata Arena jadi saksi persembahan dan aura luar biasa iKON buat peminat di Malaysia

Selepas 5 tahun, iKONIC bertemu lagi dengan kesayangan mereka, IKON sekaligus mengubat seketika kerinduan masing-masing.  Kali ini iKON hanya dihadiri oleh Song, Bobby, DK, Ju_Ne dan Chan kerana Jay selaku ketua kumpulan telah memulakan khidmat tentera wajibnya pada 20 Julai lalu. Untuk pengetahuan, kali terakhir iKON berkunjung ke Malaysia adalah pada tahun 2018.

Konsert iKON World Tour Take Off 2023 in Kuala Lumpur, anjuran My Events International dan Jojo Events telah berlangsung pada 22 Julai, bertempat di Axiata Arena, lokasi yang paling berprestij untuk setiap persembahan. Konsert yang berlangsung selama tiga jam ini juga telah dihadiri seramai 9,000 orang penonton. Pemandangan di dalam Axiata sangat meriah dengan dipenuhi dengan lampu merah berkelipan dari light stick iKON seolah seperti gelombang merah atau dipanggil mereka KONfire yang sentiasa bersinar megah sehingga ke penghujung konsert .

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

KONfire ini sekaligus menjadi bukti kesetiaan dan dedikasi para peminat yang tulus menanti iKON kembali ke Malaysia dalam tempoh 5 tahun. iKON World Tour Take Off 2023 adalah siri jelajah konsert global pertama mereka sejak bernaung di bawah pengurusan 143 Entertainment.

Persembahan iKON yang tidak pernah mengecewakan

Saat iKON muncul di atas pentas, sorakan peminat yang penuh bersemangat berkumandang di dalam Axiata Arena. Rata-rata seperti ‘the dream comes true’ saat melihat lima figura itu berdiri di pentas utama. Memulakan persembahan dengan seleksi lagu-lagu hit mereka seperti ‘Tantara’ , ‘Sinosijak’ dan ‘At Ease’, semua mata tertumpu ke arah pentas, tambah-tambah lagi mereka diiringi dengan live band. Biarpun hanya berlima, tetapi mereka tetap memberikan persembahan yang terbaik. Dengan vokal yang meyakinkan, kareografi tarian yang berkarisma, dan personaliti anggota iKON itu sendiri cukup untuk memukau perhatian segenap penonton. Jadi, tidak boleh disangkal lagi dengan populariti dan stage presence mereka cukup memberi impak yang besar kepada penonton. Para peminat turut serta menyanyikan lagu-lagu yang dilantunkan oleh Song, Bobby, DK, Ju_Ne dan Chan.

Sama seperti lima tahun lepas, bagi pandangan peribadi penulis, Bobby masih lagi menjadi ‘man of the night‘ kerana selain fasih berbahasa Inggeris, dia juga berjaya mengemudi komunikasi kumpulan tersebut dengan baik dan yang penting turut menggalakkan rakan lain turut berkomunikasi bersama . DK juga tidak kurang hebatnya pada malam konsert kerana dia dilihat semakin mesra berkomunikasi dengan penonton dan penggunaan Bahasa Inggeris semakin baik. Song, Ju_Ne dan Chan juga tidak ketinggalan. Mereka juga mesra menyapa penonton sehinggakan penonton tak senang duduk. Jay juga turut memberikan mesej buat peminat di Malaysia menerusi klip video yang dipertontonkan.

iKON turut menyampaikan lagu hit mereka yang lain seperti ‘Killing Me’, ‘Rhythm Ta’, ‘Bling Bling’ ‘Dragon’, ‘ U’, ‘B-Day’, ‘What’s Wrong’, ‘Dumb Dumber’, ‘Goodbye Road’ dan lagu ikonik mereka ‘Love Scenario’. Sewaktu mereka menyampaikan lagu ‘Love Scenario’ turut diperlihatkan diskrin sorotan Jay menyanyikan lagu itu, ibarat mereka berenam berada di atas pentas yang sama. Peminat sedikit sebanyak terusik emosi mereka dan membayangkan Jay ada bersama mereka di Axiata Arena.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

Turut menghiasi persembahan mereka adalah persembahan solo dari  DK (Kiss Me) dengan persalinan serba hitam dan tampak sexy, Ju-Ne dengan penuh perasan menyanyi sambil memetik gitar dengan lagu ‘Want You Back’ , Song dengan suasana meriah saat mempersembahkan ‘Eurachacha’, Bobby & Jay berduet untuk ‘Gip Eun Bam’ dan Bobby solo dengan rapping yang penuh energi untuk ‘HeartBROKEN PlaYBoY’.

iKON dan iKONIC Malaysia berpisah tiada

Saat sesi memperkenalkan diri biarpun mereka sememangnya sudah bertakhta dihati peminat, mereka tidak henti-henti mengucapkan syukur kerana dapat kembali ke Malaysia. Mereka terlalu teruja untuk berjumpa iKONIC Malaysia dan pada mereka iKONIC Malaysia adalah yang paling terhebat. Dengan sambutan hangat yang diberikan, sorakan semangat yang tidak henti dilontarkan, KONfire sepanjang konsert, serta kesungguhan peminat untuk bernanyi bersama-sama membuatkan mereka berasa sangat terharu. Seperti kata Bobby, sepanjang siri jelajah mereka Malaysian fans is the loudest. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

Ketika ditayangkan project peminat dari kelab peminat iKON di Malaysia atau MYiKONICs, mereka bertambah terharu membaca kata-kata semangat, ungkapan rasa cinta yang ditujukan khas buat mereka. Apa yang menyentuh perasaan mereka apabila peminat menyatakan “Only iKONICs can protect iKON’. Tidak terucap dengan kata-kata mereka membalas, “And WE, iKON can protect you, iKONICs”. (Aww, kami sebagai peminat sangat terharu)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

Apa yang paling menarik, kesemua mereka bersedia untuk kembali ke Malaysia lagi dimasa yang akan datang, lantas disambut dengan sorakan kuat daripada peminat. Semoga kita akan berjumpa lagi dilain masa, uri iKON oppa.

Dari persembahan pembukaan sehinggalah ke tirai penutup, konsert jelajah dunia ‘TAKE OFF’ di Kuala Lumpur menjadi memori paling indah buat semua termasuklah penganjur. Bahkan tiga jam berlalu begitu singkat untuk menikmati persembahan yang sangat dinanti ramai ini. Kami juga ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang untuk kami turut serta merasai pengalaman konsert yang begitu luar biasa. Tahniah juga kerana telah berjaya merealisasikan impian peminat iKON dengan penganjuran iKON TAKE OFF di KUALA LUMPUR yang pada kami sangat memuaskan. Kami harapkan agar lebih banyak lagi event-event lain yang akan dikelolakan oleh My Events International di masa hadapan.

Jangan lupa untuk Follow dan Like KMania di FacebookTwitterInstagramTikTok dan Youtube untuk mendapatkan berita serta perkembangan dari Korea termasuk China, tempatan dan juga Thailand.

Kredit foto : My Events International