Kisah cari jodoh dan kahwin kontrak, Seo Hyun Jin dan Gong Yoo sah bintangi drama baru Netflix “The Trunk”

Seo Hyun Jin dan Gong Yoo akhirnya disahkan bergandingan dalam drama baharu!

Pada 17 Julai, Netflix mengumumkan penerbitan drama akan datang mereka “The Trunk” bersama-sama dengan berita pelakon Gong Yoo dan Seo Hyun Jin.

Berdasarkan novel dengan nama yang sama, “The Trunk” mengisahkan sebuah organisasi mencari jodoh NM yang menjalinkan kehidupan perkahwinan berasaskan kontrak mengikut keinginan pasangan. Projek ini akan diterajui oleh PD (pengarah penerbitan) Kim Gyu Tae dari “Our Blues,” “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo,” “It’s Okay, That’s Love,” dan “Live” dan ditulis oleh penulis skrip Park Eun Young dari ” Hwarang.”

Seo Hyun Jin akan memegang watak sebagai timbalan ketua NM, Noh In Ji yang memilih untuk kekal bujang walaupun kerjayanya berkisar tentang perkahwinan, dan Gong Yoo akan memainkan watak penerbit muzik Han Jeong Won yang mendapati dirinya berkahwin dengan In Ji berdasarkan kahwin kontrak melalui NM selepas perkahwinan pertamanya gagal. Pada suatu hari, sebuah beg bimbit ditemui di tasik yang mendedahkan rahsia di sebalik perkhidmatan mencari jodoh itu.

“The Trunk” menandakan projek pertama Gong Yoo dengan Seo Hyun Jin, yang kini berada di bawah agensi yang sama iaitu Management SOOP. Setakat ini, Netflix belum mengumumkan jadual siaran drama itu. Jadi, nantikan kemaskini selanjutnya.

loading...