6 lagi drama Korea terbaru untuk tontonan korang sepanjang Julai ini

Chinguu, Annyeong!! Kami kembali lagi dengan listing drama Korea terbaru yang akan ditayangkan sepanjang Jun 2023 untuk tontonan korang. Jom tambah koleksi drama Korea korang!

Well, ada 6 drama Korea yang terbaru akan jadi peneman dan hiburan korang. Let’s check it out the list. 

1. Shadow Detective 2

  • Tarikh Tayangan: 5 Julai 2023
  • Penyiar:  Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Lee Sung Min, Jin Goo, Kyung Soo Jin, Lee Hak Joo

“Shadow Detective” ialah drama bertemakan thriller jenayah yang pertama kali disiarkan pada Oktober 2022 dan menggambarkan kisah Kim Taek Rok (Lee Sung Min), seorang detektif homisid veteran yang tiba-tiba mula mendapat panggilan daripada seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai ‘kawan lama’. Pemanggil itu kemudian menuduhnya membunuh dan mula memeras ugutnya.

Pada musim baharu, Tae Rok menangguhkan persaraannya dan menyertai unit jenayah juvana sambil menghabiskan masanya di antara kes dengan cuba mendedahkan identiti sebenar “kawan lama”itu. Walaupun  berpindah ke unit baharu, detektif jenayah keganasan Lee Sung Ah (Kyung Soo Jin) dan Son Kyung Chan (Lee Hak Joo) terus menyokong veteran itu dalam siasatannya.

2. Not Others / Strangers

  • Tarikh Tayangan: 17 Julai 2023
  • Penyiar:  ENA / Genie TV
  • Barisan Pelakon: Jeon Hye Jin, Sooyoung, Ahn Jae Wook, Park Sung Hoon

Berdasarkan webtoon popular, “Not Others” ialah drama komedi yang mengisahkan Jeon Hye Jin dan Sooyoung Girls Generation memainkan watak Eun-mi dan Jin-hee, pasangan ibu tunggal dan anak perempuan yang tinggal sebumbung.  Walaupun mereka sering bertengkar, namun berkongsi ikatan kasih sayang yang kuat. Pada usia 29 tahun, Jin-hee yang merupakan ketua pasukan peronda polis telah menghabiskan seluruh hidupnya tinggal serumah dengan ibunya bekerja sebagai ahli terapi.

Namun, kehidupan mereka bersama menjadi goyah selepas Eun Mi mengenali doktor misteri bernama Jin Hong (Ahn Jae Wook) manakala anak perempuannya bertembung dengan Jae Won (Park Sung Hoon) yang agresif di tempat kerja.

3. My Lovely Liar

  • Tarikh Tayangan: 24 Julai 2023
  • Penyiar:  tvN , Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Kim So Hyun, Hwang Min Hyun

“My Lovely Liar” ialah drama percintaan misteri tentang seorang wanita yang boleh mendengar pembohongan dan seorang penerbit muzik genius yang menyembunyikan identitinya. Kim So Hyun akan berperanan sebagai Mok Sol Hee, yang mempunyai keupayaan untuk mengesan pembohongan dan telah menyebabkan dia hilang kepercayaan kepada orang lain, manakala Hwang Minhyun akan memainkan watak jirannya yang introvet, Kim Do Ha, yang mesti menyembunyikan wajahnya daripada dunia kerana dituduh membunuh.

Walaupun Sol Hee kurang percaya terhadap orang lain, keupayaannya menjadikannya satu-satunya individu yang menyedari bahawa Do Ha tidak bersalah biarpun seluruh dunia telah berpaling padanya. Dalam pada  membersihkan nama Do Ha, kedua mereka mula menyulam cinta.

4. Longing For You

  • Tarikh Tayangan: 27 Julai 2023
  • Penyiar:  K-Plus [Setiap Khamis – Jumaat, 9.15 PM Astro Ch396 & Astro Go]
  • Barisan Pelakon: Na In Woo, Kwon Yul, Kim Ji Eun, Bang Jong Ok

“Longing for You” ialah siri jenayah misteri yang mengisahkan detektif Oh Jin Sung (Na In Woo) yang berusaha untuk membalas dendam adiknya.

Oh Jin Sung, seorang detektif muda yang ceria di bandar bebas jenayah Woojin di mana hidupnya berubah apabila adiknya Jin-woo (Ren ) dituduh membunuh.

Berjuang sehabis daya untuk membersihkan nama adiknyanya, Jin-seong akhirnya menemui si pelaku dan diberikan kenaikan pangkat di balai polis utama Gangnam. Namun, kegembiraannya tidak kekal lama, apabila Jin-woo tiba-tiba dibunuh. Semasa dia berusaha untuk mendedahkan kebenaran di sebalik kematian adiknya, detektif berpeluang menemui beberapa siri rahsia keluarga yang mengejutkan.

5. D.P. 2

  • Tarikh Tayangan: 28 Julai 2023
  • Penyiar:  Netflix
  • Barisan Pelakon: Jung Hae In, Koo Kyo Hwan, Kim Sung Kyun

Berdasarkan webtoon popular, “D.P.” (singkatan untuk Deserter Pursuit) adalah mengenai skuad tentera khas yang dihantar untuk menjejaki askar yang telah meninggalkan tugas mereka. Secara umum, siri ini mengisahkan seorang askar yang terperangkap dalam situasi yang rumit kerana ditugaskan untuk menangkap pembelot tentera.

Jung Hae-in kembali membawakan peranannya sebagai An Jun-ho, seorang askar muda yang ditugaskan untuk menangkap anggota tentera yang meninggalkan tugas di bawah bimbingan Sarjan Park Beom-gu (Kim Sung-kyun) dan Koperal Han Ho-yeol (Koo Kyo-hwan).

D.P. 2 menceritakan kesan daripada peristiwa mengejutkan diepisod akhir musim pertama, yang memaksa Jun-ho membuat keputusan yang mengubah hidupnya. Dia menggunakan pengalamannya sebagai askar D.P untuk mengelak daripada ditangkap semasa pergi memburu daripada buruan.

6. The Uncanny Counter 2

  • Tarikh Tayangan: 29 Julai 2023
  • Penyiar:  Netflix
  • Barisan Pelakon: Jo Byeong-gyu, Yoo Joon-sang, Kim Se-jeong, Yeom Hye-ran, Ahn Suk-hwan

Berdasarkan webtoon yang sangat popular dengan nama yang sama, “The Uncanny Counter” berkisarkan tentang pasukan pemburu syaitan yang dikenali sebagai ‘Five Counters’ yang mengembara ke bumi untuk mengalahkan syaitan yang menyamar.

Jo Byeong-gyu, Yoo Joon-sang, Kim Se-jeong, Yeom Hye-ran dan Ahn Suk-hwan kembali bersatu dan lebih kuat dari sebelumnya dengan rekrut baru yang dimainkan oleh Yoo In-soo dan Jin Sun-kyu. Dengan musim baru ini, didatangkan juga kumpulan penjahat baru yang kuat, dan akan dilakonkan oleh Kang Ki-young, Kim Hieora serta (Kim Hyun Wook.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...