[Terkini] Mendahului abang-abang Highlight, Son Dong Woon yang pertama umum akan berkahwin September ini

Biarpun berpangkat maknae dalam kumpulan HIGHLIGHT, namun Son Dong Woon adalah yang pertama akan menamatkan zaman solonya.

Pada 27 Jun lalu, Dongwoon berkongsi berita gembira itu dengan peminat menerusi surat tulisan tangan diakaun Instagramnya. Maknae Highlight ini akan mengikat mengahwini teman wanitanya yang bukan selebriti pada bulan September. Surat beliau adalah seperti berikut:

Kepada Lights (kelab peminat Highlight).

Hello. Ini ialah Dongwoon Highlight. Sudah lama saya tidak meninggalkan surat tulisan tangan seperti ini. Ini mungkin tiba-tiba. Sayaboleh rasakan anda akan rasa sangat terkejut dan sedih pada masa yang sama, jadi saya masih sangat gementar dan berhati-hati. Saya beranikan diri untuk menulis ini kerana saya ingin menjadi orang pertama yang memberitahu anda.

Saya rasa bersyukur ditemukan  dengan seseorang yang sangat memahami dan mengambil berat tentang saya,  Pada satu ketika, saya mula berfikir bahawa saya ingin menghabiskan masa depan saya dengannya, dan disebabkan itu kami akan mengadakan perkahwinan pada bulan September ini. Memandangkan dia bukan seorang yang berada dalam industri yang sama seperti saya, kami akan melangsungkan perkahwinan secara tertutup dengan hanya dihadiri  keluarga dan kenalan rapat. Saya benar-benar minta maaf kerana merahsiakan perkara ini kerana saya tidak mempunyai pilihan. Justeru itu, saya tidak dapat memberitahu anda.

Saya bertemu orang ramai di usia 19 tahun buat kali pertama. Di rumah dan dalam kumpulan, saya sentiasa menjadi maknae. Saya berterima kasih kepada anda semua kerana memberikan sokongan dan perhatian kepada saya sebagai maknae, daripada serba kekurangan sehingga menjadikan saya seorang yang lebih matang seperti hari ini.

Saya juga berterima kasih kepada ahli Highlight yang sentiasa menceriakan saya dan mempercayai saya. Saya tidak akan melupakan rasa terima kasih ini dan akan bekerja lebih keras lagi dimasa mendatang.  Terima kasih.

Daripada Dongwoon Highlight.

Tahniah kepada Dongwoon! Siapakah seterusnya yang akan ikut jejak Dong Woon ye. Teruja min nak tahu. Diam-diam Dongwoon menyulam kasih ye

loading...