Hwasa MAMAMOO akhirnya tinggalkan RBW

Hwasa dan RBW kini berpisah jua.

Pada 27 Jun, RBW mengeluarkan kenyataan berikut:

Helo, ini RBW.

Pertama sekali, kami amat berterima kasih kepada semua yang menyayangi dan menyokong artis agensi kami MAMAMOO.

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kontrak eksklusif kami dengan Hwasa, telah tamat baru-baru ini. Selepas perbincangan yang teliti dengan Hwasa, kami memutuskan untuk mengakhiri perjalanan indah kami bersama-sama.

Kami akan terus memberikan sokongan penuh kami supaya aktiviti  MAMAMOO dapat diteruskan secara individu dan berkumpulan.

Kami dengan tulus ikhlas merakamkan rasa terima kasih yang mendalam kepada Hwasa yang telah berkongsi suka dan duka bersama-sama dengan kami sejak sekian lama. Sila berikan banyak sokongan dan dorongan kepada Hwasa yang akan meneruskan aktiviti dalam pelbagai bidang.

Terima kasih.

Ia pertama kali dilaporkan pada bulan Mei bahawa kontrak Hwasa akan tamat pada bulan Jun. Terdahulu pada 27 Jun, telah didedahkan bahawa Hwasa sedang berbincang untuk menandatangani kontrak dengan P NATION. Bagaimanapun P NATION mengulas perkara ini dengan berkata,” Kontrak dengan Hwasa belum selesai dan tidak dapat disahkan. Buat masa ini, kami sedang membincangkannya,”

Untuk pengetahuan, buat masa ini, Wheein MAMAMOO juga berada dalam agensi yang berbeza  iaitu The Live Label. Sementara itu Solar dan Moonbyul MAMAMOO sahaja kini masih bersama berada  RBW Entertainment.

Sumber : 1

loading...