Aaron Yan didakwa merogol & rakam video seks dengan bekas teman lelaki bawah umur tanpa kebenaran, ini kronologinya

Penyanyi dan pelakon Taiwan Aaron Yan berdepan pendedahan #MeToo tentang rogol dan lain-lain kelakuan tidak senonoh oleh bekas teman lelakinya, seorang remaja bawah umur 16 tahun pada masa itu. Terdahulu, pada 2018, Aaron Yan mengaku dirinya seorang gay.

Awal perkenalan dan permulaan dikhianati

Pada 20 Jun, seorang pencipta kandungan bernama Yao Le berkongsi siaran di Instagram yang memperincikan dakwaan hubungan antara dia dan Aaron Yan bermula selepas idol itu menerima permintaan rakannya.

Segala kesakitan yang saya tanggung sejak beberapa tahun lalu… Saya merancang untuk melepaskan semuanya hari ini. Saya masih ingat, ketika itu, anda menggunakan akaun peribadi anda untuk berdebat dengan [penyanyi] Nick Chou di bahagian komen artikel berita, tetapi secara tidak sengaja mendedahkan identiti sebenar anda.

Rasa ingin tahu saya, membuatkan saya menghantar permintaan rakan kepada anda. Tanpa disangka, diterima. Sejak itu, kami berbual dan anda menjemput saya untuk datang ke tempat anda untuk menonton Netflix.

Saya tertanya-tanya sama ada saya bermimpi… Untuk bercakap dengan seorang idol terkenal, seorang selebriti yang saya minat sekian lama, dan untuk mengambil langkah lebih jauh…

— Yao Le

Dia kemudian berkongsi bahawa, pada masa itu, dia baru berusia enam belas tahun dan tinggal bersendirian  manakala Aaron Yan berusia 31 tahun. Yao Le kemudian menyatakan dia melakukan hubungan seks buat kali pertama dengan Aaron Yan, yang mana Yao Le menuduh Aaron Yan merogolnya ketika dia sedang tidur.

Ketika itu, saya baru berusia 16 tahun dan tinggal di Taipei sendirian untuk belajar. Awak adalah Prince Charming saya. Saya ikutkan saja kata-kata awak, kerana anda seorang selebriti, idol, dan pasangan saya.
Anda tidak akan pernah menyakiti saya…

Tetapi terbukti saya salah. Saya memberikan anda keperawanan saya, ketika berumur 16 tahun. Awak cuba merakamkan kita melakukan hubungan seks, tetapi saya memberitahu awak untuk tidak melakukannya. Saya sama sekali enggan berbuat demikian, dan awak berjanji tidak akan melakukannya.

Awak sering bangun lebih awal daripada saya, dan bila awak nampak saya masih tidur, awak melakukannya (hubungan seks) tanpa mengambil kira perasaan saya.

— Yao Le

Yao Le kemudian berkata Aaron Yan didakwa merakam aksi mereka melakukan hubungan seks tanpa kebenarannya. Dia juga mendakwa menerima panggilan daripada beberapa pasangan Aaron Yan yang lain dan berkata idol itu menafikan menipunya sehingga mereka berpisah tahun depan.

Pada masa itu, saya fikir ini adalah perkara yang dilalui setiap pasangan, dan awak hanya mengajar saya. Perkara yang paling menakutkan ialah awak merakamnya secara diam-diam ditelefon bimbit semasa saya tidak memberi perhatian, sehingga video itu akhirnya tersebar sekaligus merosakkan seluruh hidup saya.

Semasa kami berpasangan, saya mendapat panggilan pada lewat malam daripada pasangan anda yang lain, mempersoalkan hubungan antara kami dan mengatakan mereka adalah teman lelaki sebenar anda. Saya tidak tahu bagaimana mereka mendapat nombor telefon saya, dan saya tidak tahu cara mengendalikannya. Saya terlalu sayangkan awak. Saya suka seseorang yang kelihatan sempurna.

Awak cakap lelaki itu gila dan memberitahu saya untuk tidak mempedulikan mereka, dan dengan bodohnya saya percaya awak… Tetapi kemudiannya, perkara yang sama terus berlaku dalam setengah tahun berikutnya, dan kemudian kami berpisah.

— Yao Le

Pada 2018, Yao Le mendakwa pita seks kedua-duanya telah bocor, menyebabkan dia dibuang sekolah, manakala Aaron Yan hanya melakukan sedikit perkara dalam membantu keadaan.

Setelah sekian lama, sebelum Festival Pertengahan Musim Luruh pada 2018, saya ingat bajawa saya menerima banyak mesej peribadi ketika bekerja di Beijing. Video seks kami telah tersebar. Saya sangat-sangat marah, sehingga tidak berdaya… Tetapi awak hanya meremehkannya dan berkata anda tidak tahu bagaimana ia bocor.

Awak cakap wartawan tidak akan bekerja semasa festival pertengahan musim luruh, jadi saya tidak perlu risau kerana awak akan menguruskannya. Keesokan harinya, wartawan berlumba-lumba membuat liputan tentang perkara itu (video seks yang tersebar). menjadi liar dengan liputan mereka. Saya berdepan dengan semua gosip dan semua kebencian netizen seorang diri. Bahkan ada juga yang mengirim mesej untuk meminta video itu.

Untuk masa yang lama, saya terlalu takut serta trauma untuk meninggalkan rumah, dan dipaksa keluar dari sekolah. Bukan sahaja kerja saya nampaknya terhenti secara tiba-tiba… malah hidup saya musnah sama sekali. Tetapi awak cakap,  awak dah melakukan yang terbaik untuk menanganinya. Awak bagi saya beberapa ribu dolar untuk yuran peguam, dan beberapa ribu dolar untuk diri saya sendiri. Itu sahaja.

— Yao Le

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 耀樂 (@tnps96073)

Aaron Yan sebelum ini dituduh menipu beberapa kekasih sejantinanya, dan Yao Le mendakwa dia datang membela diri walaupun maklumat itu didakwa benar.

Saya pilih untuk melindungi awak apabila individu A, B, dan C tuduh awak menipu. Sebelum ini berlaku, mereka mendekati saya dan berharap saya akan kuat semangat dan mendedahkan semua ini, tetapi saya benar-benar mencintai awak, walaupun awak banyak kali menyakiti saya.

Saya juga telah berjumpa dengan pengurus awak di sebuah kafe di Ximending untuk memberitahunya tentang perkara ini, supaya awak semua boleh bersedia. Saya tidak mahu awak terluka. Tetapi cinta saya dikhianati. Saya  berkelakuan baik, tapi akhinya saya dibuang seperti sampah.

— Yao Le

Dia mengakhiri kenyataan itu dengan memikirkan mengapa dia memutuskan untuk mendedahkan perkara ini pada masa ini dan harapannya bahawa Aaron Yan perlu “berdepan dengan orang ramai” atas tindakannya.

“Walaupun video itu bocor, awak bagitahu orang lain bahawa jika saya mendedahkan segala-galanya, awak akan meminta sekumpulan individu untuk uruskan saya. Saya benar-benar tidak tahu bagaimana untuk mengendalikannya. Semua perkara di atas disokong oleh log sembang dan bukti… [mengeluh].

Saya memandang tinggi kepada awak selama ini, malah sekarang pun. Tetapi saya tidak faham apabila saya melihat kembali kesakitan yang saya alami pada masa lalu.

Alasan bongkar perilaku Aaron Yan

Dalam muat naik yang sama, Yao Le menyatakan bahawa dia membongkar semua ini kerana dia mahu membela diri, terutama selepas diserang secara seksual dikeretapi bawah tanah baru-baru ini.

Sumpah, saya tidak melakukan ini untuk mendapatkan views. Jika hanya mencari perhatian, saya sepatutnya mendedahkan semua ini bila saya ada dua peluang sebelum ini.

Saya sedih menonton berita kebelakangan ini. Saya diserang secara seksual di keretapi bawah tanah baru-baru ini dan saya telah memikirkan semua ini. Saya takut awak akan melakukan perkara yang sama kepada ramai orang, mengambil kesempatan atas cinta mereka dengan gunakan status awak sebagai selebriti. Saya tidak boleh terima ini. Sudah lima tahun, dan kali ini awak perlu berdepan dengan orang ramai.

– Yao Le

Tidak lama selepas itu, Aaron Yan membalas kiriman Yao Le menerusi akaun Facebooknya. Dia menulis komen di Facebook dan memohon maaf atas apa yang berlaku pada masa lalu. Dia juga menafikan dialah yang mengedarkan video seks itu.

Saya tidak membocorkannya. Selepas menyiasat, kemungkinan besar gambar dan video itu bocor semasa telefon bimbit saya dibaiki. Saya dah melakukan yang terbaik ketika itu dan meminta peguam memadamkan video itu.

– Aaron Yan

Dia juga mengakui sudah bersedia menghadapi akibat daripada perkara yang dilakukan sebelum ini. Aaron Yan juga memohon maaf kepada semua orang kerana menunjukkan contoh yang tidak baik. Menurut keterangannya, dia mencari bantuan melalui kelas dan kaunseling untuk berubah.

Saya benar-benar menyesal dan bertaubat. Saya tidak mahu mengecewakan diri saya, atau mengecewakan semua orang yang memberi saya kemesraan dan perhatian. Inilah saya sekarang.

Jika awak sudi, saya bersedia untuk memohon maaf kepada awak secara peribadi sekali lagi. Saya juga bersedia untuk menyokong awak untuk melalui semua kesakitan dan melakukan apa saja untuk menebus apa yang telah berlaku kepada awak, Yao Le.

– Aaron Yan

Aaron Yan hadir ke sidang media Yao Le

Berikutan pendedahan hebat #MeToo, pencipta kandungan Yao Le mengadakan sidang akhbar untuk menangani situasi itu dengan lebih lanjut—di mana Aaron Yan turut muncul tanpa diumumkan, mengejutkan semua orang.

Pada sidang akhbar itu, bagaimanapun, Aaron Yan bercakap kepada Yao Le, media, dan orang ramai dan menafikan semua dakwaan yang dibuat terhadapnya.

Kepada Yao Le, Aaron Yan memohon maaf. Aaron Yan tunduk kepada Yao Le sambil memberi jaminan kepada Yao Le bahawa dia tidak akan mengganggu sidang akhbar itu.

Yao Le. Saya di sini untuk memohon maaf kepada awak kerana membiarkan awak menanggung perkara yang tidak sepatutnya awak tanggung dalam hidup ini. Saya betul-betul minta maaf. Maaf. [Tunduk] Ini sidang akhbar anda. Awak mungkin mempunyai banyak perkara untuk dikatakan, jadi saya akan menyerahkannya kepada awak. Jika terdapat sebarang isu akan datang, saya akan menjawabnya. Jika awak ingin menghubungi saya, boleh juga.

– Aaron Yan

Sementara itu, Yao Le mengkritik Aaron Yan kerana terlambat uuntuk memohon maaf, dan juga kerana “cuba mengelirukan orang ramai.”

Yao Le juga mendedahkan bahawa, selepas siaran #MeToo, Aaron Yan cuba menghubungi. Dek kerana memerlukan masa dan ruang, Yao Le tidak menjawab. Namun, setelah mendapat respons Aaron Yan seperti ini, Yao Le memutuskan untuk “mempertahankan [dirinya sendiri].”

Permintaan maaf dari Aaron Yan tidak sepatutnya datang selepas saya mendedahkan semuanya. Dia berkata dalam siarannya di Facebook bahawa dia telah cuba untuk berubah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi bagaimana? Adakah hanya apabila melibatkan mangsa lain? Adakah saya tidak penting atau apa? Dia hanya meminta maaf selepas semuanya terbongkar. Permintaan maaf itu tidak ikhlas, tidak perlu dikatakan. Dia sepatutnya menjawab apa yang saya katakan tadi dan berhenti mengelirukan orang ramai.

Dia menghantar mesej kepada saya dan menghubungi saya. Saya tidak respons. Saya tidak bersedia semalam. Memandangkan saya baru sahaja mendedahkan semua ini, saya rasa kita perlu memberi ruang antara satu sama lain. Saya menunggu jawapannya semalam, tetapi jawapannya sebentar tadi menjadi seperti ini, jadi saya mahu mempertahankan diri saya hari ini supaya dia menghadapi semua ini dengan adil.

— Yao Le

Bantahan Aaron Yan

Namun, kepada wartawan ketika sidang akhbar itu, Aaron Yan tegas dalam mendakwa bahawa semua “adalah konsensual (persetujuan yang diberikan setiap pihak ketika mereka hendak melakukan aktiviti seksual).”

Wartawan: Apakah perasaan anda tentang tuduhan yang dibuat [Yao Le]?
Aaron Yan: Saya tidak melakukan apa-apa yang bertentangan dengan kehendaknya. Ini adalah benar. Kami pernah menjadi kekasih.
Wartawan: Jadi, adakah anda secara diam-diam merakam aksi [anda berdua melakukan hubungan seks]?
Aaron Yan: Tidak. Ia pastinya tidak diambil secara rahsia.
Wartawan: Ia adalah persetujuan?
Aaron Yan: Ya.
Wartawan: Jadi [Yao Le] tahu pada masa itu.
Aaron Yan: Dia tahu.
Aaron Yan: Saya tidak memaksa dia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendaknya. Saya tidak dapat membayangkan dia akan menggunakan kaedah ini untuk…(tanpa menghabiskan ayat)

Tonton klip penuh Aaron Yan muncul di sidang akhbar Yao Le di bawah.