Netflix umum Kang Ha Neul, Im Siwan, Park Sung Hoon & ramai lagi akan bintangi “Squid Game 2”

“Squid Game” secara rasminya telah mengumumkan barisan pelakonnya untuk Musim 2!

Pada 18 Jun, siri Netflix yang popular telah mendedahkan barisan pelakonnya untuk musim kedua yang sangat dinanti-nantikan ramai. “Squid Game 2” dijadualkan untuk memulakan penggambaran pada bulan Julai.

Selain mengesahkan kembalinya pelakon Musim 1 seperti Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon dan Gong Yoo, “Squid Game 2” telah mengumumkan di mana Im Siwan, Kang Ha Neul, Park Sung Hoon dan Yang Dong Geun akan turut menyertai drama ini sebagai pemain baharu.

Lihat video pengumuman rasmi di bawah!

Pasti ramai yang teruja untuk menantikan “Squid Game 2” yang pasti lebih mencabar dan mendebarkan!

loading...