Isu tuntutan bayaran, Ku Hye Sun kalah saman terhadap bekas agensinya, HB Entertainment

Pelakon Ku Hye Sun telah kalah saman dalam kesnya terhadap bekas agensi, HB Entertainment, berhubung tuntutan bayaran penampilannya yang tidak dibayar.

Pada 18 Jun waktu tempatan, Bahagian Perjanjian Sivil 63 Mahkamah Daerah Pusat Seoul, diketuai oleh Ketua Hakim Park Chan Seok, menolak tuntutan ganti rugi Goo Hye Sun terhadap HB Entertainment,

Terdahulu, Ku Hye Sun dan HB Entertainment telah menandatangani kontrak eksklusif pada 2018. Ikut serta menandatangani kontrak dengan agensi yang sama ketika itu adalah suaminya,  Ahn Jae Hyun.

Namun, pada tahun berikutnya, Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun berdepan dengan isu perceraian, sekaligus mencetuskan pertikaian antara Ku Hye Sun dan HB Entertainment. Pada mulanya, pelakon itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan menuduh agensi itu hanya mengutamakan kerja Ahn Jae Hyun. Disebabkan itu, dia menamatkan kontrak eksklusifnya dengan agensi tersebut.

Kemudian, perdebatan besar timbul semula mengenai saluran YouTube Goo Hye Sun dan HB Entertainment. Saluran YouTubu Ku Hye Sun telah disediakan dan dikendalikan di bawah kontrak, dengan bayaran yang besar dan video sebenar yang dihasilkan.

Walau bagaimanapun, penamatan kontrak menyebabkan perselisihan faham mengenai kos dan hak cipta kandungan pada akaun YouTube. Ku Hye Sun juga menuntut bayaran penampilan dan bahagian keuntungan hasil YouTube untuk kandungannya.

Majlis Timbang Tara Komersial Korea memutuskan bahawa Ku Hye Sun mesti membayar 35 juta won sebagai ganti rugi kepada HB Entertainment, yang telah dilaburkan dalam pembangunan saluran YouTube tersebut.

Ku Hye Sun cuba mencabar kesahihan keputusan timbang tara, tetapi akhirnya ditolak. Selepas itu, pelakon tersebut turut memfailkan saman tambahan untuk mendapatkan hak pengeluaran semula dan pengedaran penampilannya. Bagaimanapun, mahkamah sekali lagi menolak tuntutannya dan mengiktiraf hak cipta HB Entertainment.

Akibat dari pertikaian agensi-pelakon, yang berpunca daripada perceraian Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun, nampaknya telah berakhir dengan kekalahan kepada Ku Hye Sun. Ku Hye Sun juga telah memulakan laluan baharu sebagai pengarah  filem dan komposer.

Sumber : 1

loading...