Ini dia 3 sebab kenapa korang kena tonton drama “See You In My 19th Life”

Drama percintaan fantasi baharu tvN “See You in My 19th Life” telah pun memulakan tayangan perdananya malam tadi.

Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “See You in My 19th Life” dibintangi oleh Shin Hye Sun sebagai Ban Ji Eum, seorang wanita yang telah berulang kali dijelmakan semula selama hampir seribu tahun dan mengingati semua kehidupan lampaunya. Selepas hayatnya yang ke-18 dipendekkan secara tragis, Ban Ji Eum memutuskan bahawa dalam kehidupannya yang ke-19, dia akan melakukan segala yang dia mampu untuk mencari seorang lelaki bernama Moon Seo Ha (Ahn Bo Hyun) yang ditemui dalam kehidupannya yang ke-18.

Dengan episod pertama drama itu disiarkan sebentar tadi, ini adalah beberapa perkara yang akan membuatkan korang untuk mula tonton “See You In My 19th Life”:

1. 19 Nyawa Ban Ji Eum

Memandangkan Ban Ji Eum telah dijelmakan semula sebanyak 18 kali, dia telah menjalani pelbagai jenis kehidupan yang berbeza sepanjang hayatnya yang lalu. Dalam kehidupan keempatnya, dia seorang ahli kimia; dalam hayat kelimanya, seorang pendekar; dalam hayatnya ke-14, seorang penari flamenco; dan pada masa hayatnya ke-17, dia menjadi sebahagian ahli rombongan sarkas.

Walaupun Ban Ji Eum sentiasa tertanya-tanya mengapa dia satu-satunya yang dapat mengingati semua kehidupan lampaunya, dia menemui jalan keluar daripada krisis kewujudannya dalam kehidupan yang ke-19: buat pertama kalinya, dia mempunyai misi yang jelas. Selepas bertemu seseorang yang istimewa dalam kehidupannya yang ke-18, Ban Ji Eum berazam untuk menghabiskan hayatnya yang ke-19 dengan menjejakinya, dan dia akan melakukan pelbagai cara untuk mencari individu itu semula.

Penonton boleh menantikan untuk melihat rangkaian kehidupan lampau Ban Ji Eum yang berwarna-warni—serta kisah cinta epik yang membuatkan dia tekad untuk memulakan kehidupannya yang ke-19.

2. Chemistry antara Shin Hye Sun dan Ahn Bo Hyun

 

Walaupun Ban Ji Eum mempertaruhkan segala-galanya untuk mencari cinta dengan Moon Seo Ha (lakonan Ahn Bo Hyun) dalam kehidupannya yang ke-19, dia menghadapi saingan yang paling sengit iaitu: dirinya sendiri. Bertahun-tahun selepas kematiannya, Moon Seo Ha masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya Yoon Joo Won (Kim Si Ah), yang—tanpa dia sedar—adalah Ban Ji Eum semasa hayatnya yang ke-18.

Walaupun Moon Seo Ha telah menutup pintu hati selepas kematian cinta pertamanya, Ban Ji Eum mencuba sehabis baik untuk membuka semula pintu itu, malah dia turut mengajak Moon Seo Ha pada pertemuan mereka untuk pertama kali.

Pengarah drama Lee Na Jung mengulas tentang keserasian watak utama antara Shin Hye Sun dan Ahn Bo Hyun, dia berkata, “Mereka seperti seorang wanita yang luar biasa, ceria dan sukar diramalkan disamping seorang lelaki yang comel, disayangi dan malu-malu kucing. Mereka nampak comel dan kadangkala penuh kelucuan bersama. Masing-masing melakukan kerja yang hebat dalam melakonkan peranan masing-masing, yang mana ianya sangat bagus.”

3. Percintaan yang hangat dan menyembuhkan

Kebanyakan watak dalam “See You in My 19th Life” bergelut dengan kehilangan dan luka emosi yang tidak dapat dilihat dari luar, dan perjalanan untuk menyembuhkan luka dihati mereka akan menyentuh hati penonton.

Pengarah Lee Na Jung berkata, “Ini adalah drama yang memberikan kelegaan kepada mereka yang terpaksa berpisah dengan orang yang mereka sayangi akibat kemalangan yang tidak berbau.”

Lee Hye, penulis webtoon asal, menjelaskan,“Setiap orang perlu melepaskan seseorang yang mereka cintai sekurang-kurangnya sekali. Melalui watak Ban Ji Eum, saya ingin memberi keselesaan kepada orang ramai untuk berfikir, “Bukankah orang yang saya cintai akan hidup bahagia di suatu tempat baru, dalam bentuk yang berbeza, walaupun saya tidak mengingatinya?”.

Lee Na Jung menambah, “Perpisahan secara tiba-tiba boleh berlaku di sekeliling kita. Saya mahu mencuba mencipta percintaan yang memberikan simpati dan kemesraan.”

“See You in My 19th Life” mula ditayangkan pada 17 Jun jam 10:20 malam MYT menerusi platform Netflix pada setiap Sabtu dan Ahad. Jom tonton teaser dibawah

Sumber : 1

loading...