Eum Moon Suk, Seung Hoon WINNER & Taeyang SF9 akan beraksi dalam pementasan muzikal ‘Dream High’

Sebelum ini telah diumumkan bahawa drama ‘Dream High’ akan dijadikan sebagai pentas muzikal. Kini telah diumumkan sebahagian barisan pelakonnya!

Menurut syarikat produksi Art One Company pada 28 Februari, Eum Moon Suk, Lee Seung Hoon WINNER dan Taeyang SF9 telah disahkan untuk memegang watak Song Sam Dong unyuk pementasan muzikal “Dream High.” Watak Song Sam Song itu telah dilakonkan oleh pelakon Kim Soo Hyun dalam drama tersebut.

“Dream High” ialah drama rangkaian KBS2 yang ditayangkan pada 2011. Ianya berlatarkan sekolah menengah seni yang kompetitif yang mengikuti kisah enam pelajar yang cuba menggapai cinta dan impian mereka dalam industri muzik. Muzikal yang akan datang ini akan berdasarkan drama asal tetapi akan menggambarkan kisah watak utama selepas menamatkan sekolah menengah.

Memandangkan Lee Seung Hoon dan Taeyang dikenali sebagai penari utama kumpulan masing-masing, penonton boleh mengharapkan kedua-dua idola itu mempamerkan daya tarikan mereka dengan memasukkan lebih banyak kemahiran menari yang luar biasa dalam pementasan itu. Perhatian juga tinggi untuk menyaksikan Eum Moon Suk membuat debutnya dalam muzikal, terutamanya selepas dia meninggalkan kesan mendalam menerusi peranan terbarunya dalam “The Roundup (The Outlaws 2).”

Sementara itu, pelakon- pelakon muzikan ‘Dream High’ akan dikeluarkan secara berurutan, sehingga pembukaannya pada bulan Mei bertempat di Pusat Seni Kwanglim, Seoul.

Sumber  : 1

loading...