5 ahli UP10TION & Lee Jin Hyuk tinggalkan agensi TOP Media

Lima ahli kumpulan UP10TION dan Lee Jin Hyuk akan meninggalkan TOP Media. Untuk UP10TION, jangan risau, mereka hanya tinggalkan agensi saja dan bukannya kumpulan itu.

Pada 28 Februari, TOP Media mengeluarkan kenyataan berikut:

Hello. Ini TOP Media.

Kami dengan tulus ikhlas mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyayangi UP10TION.

Kontrak eksklusif ahli UP10TION iaitu Kuhn, Kogyeol, Bitto, Sunyoul dan Gyujin, yang telah bersama agensi itu sejak debut mereka pada September 2015, akan tamat pada 11 Mac.

Agensi dan kelima-lima mereka telah berbincang dengan penuh teliti dan kami bersetuju untuk menamatkan kontrak mereka apabila kontrak eksklusif tamat.

Walau bagaimanapun, semua ahli sangat menyayangi UP10TION, jadi UP10TION akan kekal dengani tujuh ahli seperti sedia ada. Kami telah bersetuju untuk menyokong aktiviti UP10TION sekiranya mereka mempromosikan sebagai UP10TION pada masa hadapan.

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada ahli yang telah berkembang bersama-sama kami dalam jangka masa yang panjang, dan kami akan sentiasa memberikan sokongan serta bersorak buat mereka agar UP10TION dapat dipromosikan sebagai artis yang hebat pada masa hadapan.

Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong Kuhn, Kogyeol, Bitto, Sunyoul dan Gyujin dengan sepenuh hati sehingga kini.

Dalam pada itu, TOP Media juga mengeluarkan kenyataan berasingan mengenai Lee Jin Hyuk seperti berikut:

Hello. Ini TOP Media.

Pertama, kami mengucapkan terima kasih seikhlas hati kepada peminat yang menyayangi Lee Jin Hyuk.

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kontrak eksklusif kami dengan Lee Jin Hyuk, yang telah bekerja dengan kami untuk tempoh yang lama, akan tamat pada 11 Mac.

Selepas perbincangan yang teliti dengan Lee Jin Hyuk, kami telah bersetuju untuk menamatkan kontrak kedua-dua pihak berikutan tamatnya kontrak eksklusif.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Lee Jin Hyuk, yang bekerja dengan bersungguh-sungguh dan terus bersinar tanpa perubahan tidak kira daripada pelatih Lee Sung Joon (nama sebenar Lee Jin Hyuk) kepada Wei UP10TION dan kini sebagai artis solo Lee Jin Hyuk. Kami akan terus bersorak supaya Lee Jin Hyuk terus aktif sebagai artis dan pelakon yang hebat pada masa hadapan.

Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong Lee Jin Hyuk dengan sepenuh hati sehingga kini.

UP10TION memulakan kerjaya pada September 2015 sebagai kumpulan dengan 10 ahli yang terdiri daripada ahli Kuhn, Kogyeol, Bitto, Sunyoul, Gyujin, Jinhoo, Lee Hwan Hee, Kim Dong Yeol, Kim Woo Seok dan Lee Jin Hyuk. Selepas muncul dirancangan realiti “Produce X 101,” Lee Jin Hyuk dan Kim Woo Seok memulakan laluan mereka sebagai artis solo, dan UP10TION dipromosikan sebagai lapan ahli sehingga Jinhoo dalam tempoh berehat. Pada masa ini, Lee Dong Yeol dan Lee Hwan Hee menyertai program survival idola terbaru Mnet “Boys Planet.”

Sumber : 1 | 2

loading...