9 drama Korea terbaru akan tersedia untuk tontonan anda sepanjang Mac ini

Chinguu, Annyeong!! As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang dan ini adalah barisan drama untuk tayangan Mac 2023.

Well, ada 9 drama Korea terbaru yang akan bersiaran untuk tontonan korang sepanjang Mac ini. So, let’s check it out the list.

1. Delivery Man

  • Tarikh Tayangan: 1 Mac 2023
  • Penyiar:  Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Bang Min Ah, Yoon Chan Young, Kim Min Suk

Delivery Man mengisahkan perhubungan antara pemandu teksi yang dapat melihat roh dan hantu seorang gadis yang hilang ingatan. Mereka akan bekerjasama untuk menyelesaikan pelbagai kes jenayah, daripada kes kecil sehinggalah kes bunuh.

Pemandu teksi bernama Seo Young Min (Yoon Chan Young) hanya memberi tumpangan kepada hantu dan memberikan perkhidmatan dalam bentuk memenuhi hajat terakhir mereka. Manakala Minah Girl’s Day pula memegang watak seorang gadis hantu bernama Kang Ji Hyun. Atas sebab yang tidak diketahui, dia terikat dengan teksi Seo Young Min dan akan membantunya dikemudian hari.

2. Divorce Attorney Shin

  • Tarikh Tayangan: 4 Mac 2023
  • Penyiar: JTBC
  • Barisan Pelakon: Cho Seung Woo, Han Hye Jin, Kim Sung Kyun, Jung Moon Sung

“Divorce Attorney Shin” mengisahkan seorang peguam perceraian yang berbakat, Shin Sung Han (Cho Seung Woo) dalam menyelesaikan kes masalah keluarga. Sebagai seorang peguam perceraian, Shin Sung Han terpaksa berhadapan dengan pelbagai pelanggan dan kisah malang mereka.

Sebelum menjadi seorang peguam, Shin Sung Han adalah seorang pemain piano klasik dan pernah menjadi profesor di sebuah universiti di Jerman. Dia tiba-tiba menukar kerjaya dari seni kepada undang-undang dengan belajar menjadi peguam di Korea Selatan untuk mendedahkan kebenaran tentang sesuatu yang akan mengubah hidupnya.

3. Oasis

  • Tarikh Tayangan: 6 Mac 2023
  • Penyiar: KBS
  • Barisan Pelakon: Jang Dong Yoon, Sul In Ah, Choo Young Woo

“Oasis” mengambil latar belakang tahun 1980-an hingga 1990-an semasa pergolakan Korea Selatan. Drama ini akan menggambarkan persahabatan tiga anak muda, percintaan, cubaan membalas dendam, dan konflik yang berlaku apabila mereka terpaksa mengejar impian dan kuasa serta melindungi satu-satunya cinta pertama mereka.

Jang Dong Yoon sebagai Lee Doo Hak yang mempunyai fikiran yang cerdas walaupun dibesarkan dalam kemiskinan. Dia menyimpan perasaan cinta sejak pertama kali melihat Oh Jung Shin (Seol In Ah), pelajar pertukaran dari Seoul. Chu Young Woo memainkan watak teman sepermainan dizaman kanak-kanak, Lee Doo Hak dan saingan Choi Chul Woong.

4. The Glory 2

  • Tarikh Tayangan: 10 Mac 2023
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Im Ji Yun, Park Sung Hoon

“The Glory” mengisahkan Moon Dong Eun (Song Hye Kyo), seorang wanita yang jiwanya telah lama mati akibat keganasan yang dialaminya semasa remaja.

Dong Eun menghabiskan banyak masa merancang membalas dendam kepada mereka yang membulinya pada masa lalu. Dia juga sanggup berkorban segala-galanya untuk mencapai matlamat tersebut.

“The Glory” Bahagian 2 akan menampilkan aksi balas dendam yang belum direalisasikan dalam siri sebelum ini.

5. Pandora : Beneath the Paradise

  • Tarikh Tayangan: 11 Mac 2023
  • Penyiar: Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Lee Ji Ah, Lee Sang Yoon, Jang Hee Jin, Park Ki Woong, Bong Tae Kyu

Drama ini mengisahkan survival seorang wanita, Hong Tae Rae yang harus bergelar Wanita Pertama (First Lady) untuk melindungi keluarga tercinta. Dia akan berdepan dengan kebenaran masa lalunya dan bersiap untuk membalas dendam.

6. Romantic Guest House

  • Tarikh Tayangan: 20 Mac 2023
  • Penyiar: SBS | Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Shin Ye Eun, Ryeoun, Kang Hoon, Jung Gun Joo

“The Secret Romantic Guest House” mengisahkan Yoon Dan Oh (Shin Ye Eun), anak bongsu dari keluarga bangsawan yang telah menikmati kehidupan yang selesa sebagai bangsawan. Keadaan keluarganya kini memaksa dia menjadi tulang belakang keluarga dengan menguruskan sebuah rumah penginapan bernama Ihwawon Inn. Tetamu yang menginap di situ adalah cendekiawan yang datang ke Hanyang untuk mengambil peperiksaan kemasukan perkhidmatan awam.

Antara cendekiawan yang datang menginap ialah Kang San (lakonan Ryeoun), Kim Si Yeol (lakonan Kang Hoon), dan Jeong Yoo Ha (lakonan Jung Gun Joo), yang kesemuanya mempunyai rahsia yang tersembunyi. Yoon Dan Oh dan penduduk menggabungkan maklumat mereka dan bekerjasama untuk mencari Lee Seol yang hilang 13 tahun lalu.

7. Joseon Lawyer

  • Tarikh Tayangan: 24 Mac 2023
  • Penyiar: MBC
  • Barisan Pelakon: Woo Do Hwan, Bona, N

Kisah ini berdasarkan Dinasti Joseon, di mana seorang anak muda bernama Kang Han Soo, yang dilakonkan oleh Woo Do Hwan bertindak untuk membalas dendam atas kematian ibu bapanya.

Lama kelamaan, selepas menimba pelbagai pengalaman, dia mula menyedari kesilapannya dan berubah menjadi seorang peguam yang dihormati yang mencari keadilan yang sah dengan kepakaran dalam undang-undang sivil, undang-undang komersial dan undang-undang jenayah.

8. The Real One Has Appeared! / The Real Deal Has Come!

  • Tarikh Tayangan: 25 Mac 2023
  • Penyiar: KBS
  • Barisan Pelakon: Baek Jin Hee, Ahn Jae Hyun

“The Real One Has Appeared!” menceritakan tentang kisah huru-hara tentang seorang ibu tunggal yang menjalinkan hubungan kontrak dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh menentang perkahwinan. Baek Jin Hee memegang watak sebagai Oh Yeon Doo yang menawan dan santai, seorang pengajar bahasa yang merupakan bintang yang semakin meningkat dalam industri kuliah internet. Ahn Jae Hyun pula sebagai Gong Tae Kyung, seorang pakar perbidanan dan sakit puan berbakat yang bertekad untuk tidak berkahwin. Hubungan kontrak mereka akhirnya membawa mereka kepada hubungan romantis yang membuatkan mereka terharu

9. Duty After School

  • Tarikh Tayangan:  Mac 2023
  • Penyiar: Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Shin Hyun Soo, Im Se Mi, Lee Soon Won, Kim Ki Hae

Terletak di sebuah sekolah, Duty After School diserang oleh makhluk aneh yang datang dari langit. Seperti bencana besar, makhluk aneh ini tidak diketahui bagaimana ia pertama kali muncul. Akibat serangan itu, ramai yang terkorban, malah tentera Korea turut ditenggelami oleh mereka.

Akhirnya, untuk membantu pasukan tentera di Korea, kerajaan menugaskan semua pelajar universiti dan juga pelajar sekolah menengah untuk dibentuk menjadi tentera simpanan. Malah peperiksaan kemasukan ke universiti telah dimansuhkan supaya pelajar boleh menumpukan perhatian untuk menghapuskan makhluk ini.

Semua pelajar akan dilatih oleh ketua Platun Lee Chun Ho (Shin Hyun Soo) dan Sarjan Kim Won Bin (Lee Soon Won). Para pelajar telah dilatih dengan ketat dan keras, tetapi menurut Lee Chon Ho ini semua adalah untuk keselamatan mereka. Manakala Park Eun Young (Im Se Mi) ialah guru kelas 3-2 yang sentiasa mengutamakan keselamatan pelajar.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...