Musim 2 “Taxi Driver” SBS bermula dengan baik!
Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “Taxi Driver” ialah sebuah drama tentang perkhidmatan teksi misteri yang akan membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak dapat mendapatkan keadilan melalui undang-undang. Selepas kejayaan pada tahun 2021, drama popular lakonan Lee Je Hoon kini telah kembali untuk musim kedua.
Pada 17 Februari, tayangan perdana “Taxi Driver 2” mendapat rating penonton yang lebih tinggi daripada musim pertama drama itu. Menurut Nielsen Korea, episod pertama “Taxi Driver 2” mendapat rating purata seluruh negara sebanyak 12.1%, dengan mudah menjadikannya drama Jumaat-Sabtu yang paling banyak ditonton pada malam itu.
“Taxi Driver 2” juga merupakan program yang paling banyak ditonton dalam apa jua bentuk yang disiarkan pada hari Jumaat di kalangan demografi utama penonton berumur 20 hingga 49 tahun, dengan memperoleh penarafan purata 5.2% di kawasan metropolitan Seoul.
Sementara itu, “Kokdu: Season of Deity” mencatatkan peningkatan kepada 2.7% untuk penarafan purata seluruh negara bagi tayangan malam itu.
Drama “Taxi Driver 2” boleh ditonton menerusi Viu Malaysia pada setiap Jumaat dan Sabtu. Manakala, “Kokdu: Season of Deity” boleh ditonton menerusi Astro ONE TV Asia CH 393 dan Astro Go pada setiap Sabtu dan Ahad jam 9.45 malam selain menerusi Viu Malaysia pada hari yang sama.