‘Best Couple on screen’ , Jang Hyuk & Jang Nara akan bergandingan untuk kali ke-4 dalam drama terbaru

Jang Hyuk dan Jang Nara disatukan kembali untuk drama terbaru. Pastinya berita ini disambut gembira oleh peminat yang seringkali mengikuti drama gandingan mereka.

Pada 8 Februari, tvN mengumumkan  bahawa Jang Hyuk, Jang Nara, Chae Jung An, dan Kim Nam Hee akan membintangi drama terbaru rangkaian itu berjudul “Family”. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Jang Jung Do yang pernah menghadirkan  pelbagai karya hit termasuk “What’s Wrong With Secretary Kim,” “The Crowned Clown,” “Our Blues,” “Alchemy of Souls,” dan banyak lagi.

“Family” adalah sebuah drama komedi thriller yang mendebarkan tentang suami ejen NIS yang menyamar sebagai pekerja pejabat biasa dan seorang isteri yang manis namun garang, yang mengimpikan keluarga yang sempurna.

.Jang Hyuk akan berlakon sebagai Kwon Do Hoon, seorang ejen NIS yang menyamar sebagai pekerja syarikat perdagangan serta suami Kang Yu Ra. Sebagai penembak tepat veteran dengan tembakan yang pantas, tepat dan bersih, dia boleh mengabaikan keluarganya kerana kerjaya. Tetapi di rumah, dia adalah seorang suami yang dipenuhi dengan kasih sayang lebih daripada sesiapa pun untuk isterinya Kang Yu Ra.

Setelah mempamerkan aksi lakonan yang mengagumkan dalam “Voice,” “Money Flower,” “My Country, “Tell Me What You Saw,” “Bloody Heart,” dan banyak lagi, penonton sudah menjangkakan transformasi Jang Hyuk yang seterusnya.

Dari kiri : Jang Hyuk, Jang Nara, Chae Jung An dan Kim Nam Hee

Jang Nara pula akan berperanan sebagai pakar pengemasan dan isteri Kwon Do Hoon, Kang Yu Ra yang bekerja untuk melindungi keluarga sempurna impiannya yang dibina selepas bertemu suaminya. Namun, disebalik sifat penyayangnya ada rahsia yang disembunyikan. Jang Nara telah memikat hati penonton melalui “Go Back Couple,” “The Last Empress,” “VIP,” “Sell Your Haunted House,” dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan, drama ini akan menjadi projek keempat Jang Hyuk dan Jang Nara bersama-sama selepas “Success Story of a Bright Gir” pada tahun 2002, “Fated to Love You” pada tahun 2014, dan Festival Drama MBC 2014 “Old Goodbye,”. Dan dengan itu ia meningkatkan lagi jangkaan yang hebat untuk pertemuan semula mereka.

Selain itu, turut membintangi drama ini adalah Chae Jung An dari “Legal High,” “Monthly Home Magazine,” dan “The King of Pigs” sebagai penembak jitu (marksman) dan pengendali NIS profesional Oh Chun Ryun. Walaupun Oh Chun Ryun kelihatan menjalani kehidupan bujang yang mewah, dia sebenarnya seorang wanita yang kesepian. Setelah bercerai tiga kali, dia juga melakukan yang terbaik untuk membantu Kwon Do Hoon menyara keluarganya hingga akhir, tidak seperti dirinya.

Kim Nam Hee dari “Mister Sunshine,” “Sweet Home,” dan “Reborn Rich” akan memainkan watak Tae Goo, tetamu yang mencurigakan dan tidak diundang yang melawat keluarga Kwon Do Hoon dan Kang Yu Ra. Kehadirannya adalah untuk menggoncang kehidupan Kang Yu Ra, yang bagaikan sinaran cahaya pada masa lalunya.

“Family” dijadualkan untuk ditayangkan pada bulan April kelak.

Sumber : 1

loading...