Seo In Guk dan Park So Dam sah bersatu dalam drama fantasi terbaru

Seo In Guk dan Park So Dam akan membintangi drama fantasi baharu bersama-sama!

Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “Death’s Game” (tajuk literal) mengisahkan seorang lelaki yang mendapat lebih daripada satu peluang kedua untuk hidup selepas menghadapi kematian. Sebelum ini pada Januari lepas, kedua-dua Seo In Guk dan Park So Dam didedahkan sedang berbincang untuk drama itu, diikuti dengan berita Go Yoon Jung yang juga sedang dalam perbincangan.

Seo In Guk akan memegang watak Choi Yi Jae yang telah berdepan dengan hidup dan mati sebanyak 12 kali. Ramai pelakon termasuk Lee Jae Wook, Choi Siwon, Jang Seung Jo, dan Sung Hoon sedang berbincang untuk membuat penampilan istimewa seperti dilaporkan sebagai Choi Yi Jae dikehidupan berbezanya.

Park So Dam akan memainkan watak Death, makhluk misteri yang menghukum Choi Yi Jae sebanyak 12 kali hidup dan mati sejurus sebelum dia hampir jatuh ke neraka. Park So Dam dijangka menarik perhatian penonton dengan peranan bukan manusia pertamanya sebagai Death.

Pengarah Ha Byung Hoon, yang menerajui drama “18 Again” dan “Go Back Couple,” akan bertanggungjawab menulis skrip dan mengarahkan “Death’s Game.”

Drama ini akan ditayangkan pada separuh kedua 2023.

Sumber : 1

loading...