Hasil kraftangan Kang Daniel sempena Hari Putih 2022 jadi rebutan peminat

Kang Daniel berinteraksi bersama peminat menerusi VLive sempena sambutan Hari Putih Sedunia.

Di dalam sesi VLive tersebut, Kang Daniel menunjukkan caranya menggubah bakul. Lazimnya, lelaki akan membalas pemberian coklat daripada wanita di Hari Kekasih (Valentine) sebulan kemudian pada Hari Putih ini.

ForcefulGreedyBigmouthbass

AnotherCoordinatedAustralianfreshwatercrocodile

SkinnyBlackandwhiteEwe

GracefulEnchantedAustraliancurlew

Di sini, Kang Daniel memilih untuk menghadiahi peminat secara maya jambangan bunga beserta gula-gula yang digubahkannya ke dalam bakul.  Selepas tersiap hasil kraftangannya itu, Kang Daniel kemudiannya memuatnaik status di laman twitternya sambil berkata, “Hari Putih yang sangat manis. Ia jadi lebih manis kerana saya bersama dengan Danity.”

Netizen yang rata-ratanya dalam kalangan peminat Danity teruja dengan pemberian Kang Daniel itu. “Aku harap jadi peminat Danity yang bertuah pada tahun 2022 ini… Aku nakkan bakul itu,” rayu netizen tersebut.

Kesudian Kang Daniel untuk meluangkan masa bersama peminat pada hari Putih ini amat dihargai sekalian peminatnya termasuk di Malaysia.

Sementara itu, Kang Daniel sedang membintangi drama Disney+ Rookie Plus sebagai mahasiswa polis bernama Wi Seung Hyun di Korean National Police University (KNPU) dan menyumbangkan suaranya untuk lagu ‘Hush Hush (Feat. MIYAVI)’ sebagai OST drama tersebut. Drama ini akan menyimpulkan dua episod terakhirnya pada hari Rabu, 16 Mac 2022 ini.

Sumber: tvreport

loading...