Lee Seung Gi akan kahwini kekasih hati, pelakon Lee Da In April ini

Lee Seung Gi dan Lee Da In akan berkahwin! Akhirnya kedua pasangan kekasih ini ambil keputusan untuk berkongsi hidup buat selamanya.

Pada 7 Februari, Lee Seung Gi berkongsi surat tulisan tangan menerusi akaun Instagramnya untuk memaklumkan berita gembira itu.

Suratnya berbunyi seperti berikut:

Helo, ini Lee Seung Gi.

Nampaknya saya mempunyai banyak sebab untuk menulis entri panjang tahun ini.

Hari ini, saya ingin menyampaikan keputusan yang paling penting dalam hidup saya.

Saya telah memutuskan untuk menghabiskan sisa hidup saya dengan Lee Da In, yang saya sayangi, bukan hanya sebagai pasangan tetapi sebagai pasangan suami isteri.

Saya telah melamar, dan dia menerimanya.

Kami akan melangsungkan perkahwinan pada 7 April.

Sekarang saya mempunyai seseorang yang perlu saya bertanggungjawab selama-laman ya, dan saya dengan senang hati ingin menyampaikan berita ini kepada anda secara langsung.

Dia adalah seseorang yang baik hati dan penyayang, dan dia adalah seseorang yang saya mahu kekalkan di sisi saya selama-lamanya.

Saya ingin berkongsi kebahagiaan kami bersama, dan walaupun ada masa sukar dalam hidup, saya mahu mengatasi kesukaran itu bersama-sama tanpa melepaskan tangan masing-masing.

Saya harap anda akan menunjukkan sokongan untuk masa depan kami.

Terima kasih

Sumber : Instagram Lee Seung Gi

Lee Seung Gi da Lee Da In secara rasmi bercinta pada Mei 2021. Sebelum ini, Lee Seung Gi sendiri menidakkan dakwaan yang mengatakan hubungannya bersama kekasih telah pun putus pada 5 Jun 2022. Nampaknya, jodoh mereka kuat bersama.

Tahniah buat Lee Seung Gi dan Lee Da In

loading...