[Pena Kmania] 10 Tips Penjagaan Kulit Persis Artis Korea yang Anda Perlu Tahu

Ingin memiliki kulit secantik Song Hye Kyo, Lee Sung Kyung, Suzy dan Moon Chae Won? Di sini, ingin dimaklumkan bahawa kenapa  penjagaan kulit sangat penting untuk diamalkan. Penulis senaraikan 10 tip yang mungkin berguna buat pembaca sekalian.

Penulis telah lama menjadi peminat kepada satu laman web Kbeauty terkenal di Amerika Syarikat iaitu SOKO Glam. Satu platform untuk membeli barangan Kbeauty di Amerika Syarikat pada masa sama, mereka memberi review dan tips kepada pembaca dan pembeli. Salah satu penulisan mereka adalah tentang 10 langkah rutin dalam penjagaan kulit. Sering kali kita mendengar tentang 7 langkah penjagaan kulit, namun SOKO Glam menambah 3 lagi langkah untuk mendapat kulit wajah yang lebih sempurna.

Mereka menjelaskan 10 langkah ini melebihi rutin kecantikan biasa tetapi merupakan satu gaya hidup yang telah menjadi satu fenomena global. Berasal dari budaya Korea yang begitu obsesi dengan memiliki kulit yang sihat pada masa yang sama di dokong oleh kecanggihan kajian saintifik. Oleh itu apakah yang di maksudkan oleh 10 langkah dalam penjagaan kulit oleh SOKO Glam ini? Rutin kecantikan ini terbahagi kepada tiga perkara utama iaitu membersihkan, penyediaan serta membaiki dan menyuburkan kulit wajah.

Asas untuk rutin ini adalah untuk membersihkan kulit kita dari sebarang bendasing. Sama ada dari bahan kimia di dalam solekan, peluh serta minyak dan juga kekotoran dalam udara atau sebagainya lagi. Pertama, adalah dengan menggunakan penanggal solekan (make up remover) ataupun pencuci berasaskan minyak. Dengan kata lain, menggunakan minyak baik untuk membasmi minyak yang tidak baik. Dalam rutin penjagaan kulit Korea, pencuci berasaskan minyak adalah satu perkara yang amat penting. Mengapa? Ini adalah kerana, pencuci jenis ini bertindak untuk membersihkan solekan  dan menarik keluar elemen-elemen yang menyebabkan kulit anda berminyak seperti sebum, SPF dari produk pelindung kulit dari sinaran matahari dan kekotoran dari pencemaran alam. Proses mencuci kulit wajah dengan menggunakan pencuci berasaskan minyak adalah satu proses yang bersifat menenangkan bagi penulis, ia begitu terapeutik.

Pilihan Penulis

 

Setelah selesai langkah pertama, kita akan mulakan dengan langkah kedua, iaitu mencuci wajah sekali lagi dengan pencuci muka berasaskan air. Kaedah mencuci muka dengan dua langkah ini begitu terkenal dalam kalangan peminat Kbeauty sebagai “double cleansing method”. Kenapa kita perlu mencuci wajah sekali lagi dengan pencuci muka berasaskan air ? Ini pula bertujuan untuk membantu membuang sebarang kekotoran yang boleh menyebabkan jerawat. Fungsi utama pencuci berasaskan air adalah untuk melenyapkan kotoran yang berasaskan air seperti kekotoran dan peluh yang mana tidak mampu dihilangkan hanya dengan pencuci minyak.

Kegemaran Penulis Pada Masa Kini

Ketiga pula, exfoliator. Sebelum ini penulis pernah menyentuh mengenai exfoliating. Iaitu proses untuk membuang sel-sel kulit mati di wajah kita pada penulisan sebelum ini. Proses ketiga adalah satu proses membantu membersihkan liang pori dan membuang sel-sel kulit mati. Dengan menggunakan exfoliator ia jauh lebih lembut berbanding menggunakan scrub yang lebih kasar dan mampu merosakkan kulit wajah. Disebabkan pendekatan ini lebih lembut dan lebih mesra kulit wajah, melakukannya dengan lebih kerap memudahkan proses penyerapan dan ia akan berfungsi dengan lebih baik. Adakah anda perlu melakukan nya setiap hari? tentulah tidak. Sudah memadai sekiranya melakukannya sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Fokuskan pada kawasan hidung dan pori-pori muka yang terbuka di pipi anda.  Walaupun dipanggil 10 langkah rutin, ia tidak bermakna anda perlu melakukan kesemua langkah ini setiap hari sekiranya anda risau anda tidak mempunyai masa untuk mengamalkannya.

 

Fasa seterusnya untuk penyediaan, iaitu menyediakan kulit untuk fasa seterusnya membaiki dan menyuburkan kulit wajah. Langkah ini adalah satu penting dalam penjagaan kulit penulis juga iaitu Toner yang juga disebut sebagai penyegar. Toner adalah satu langkah penyediaan yang penting, ia bukan hanya mengekalkan kelembapan dan mengekal keseimbangan PH kulit anda. Ia juga bertujuan untuk juga membersihkan sebarang sisa-sisa yang tinggal dari pencuci anda. Pada masa yang sama juga, membaiki kulit wajah supaya mampu menyerap krim pelembap dengan lebih efisien. Laman SOKO Glam turut mengingatkan kita untuk membayangkan kulit kita ibarat satu span, yang mana akan lebih sukar untuk basahkan dalam keadaan terlalu kering dan keras berbanding ketika span itu dalam keadaan lembap. Penggunaannya, mengikut keselesaan pengguna, sama ada ingin menggunakan kapas ataupun pilihan penulis, letakkan penyegar pada kedua-dua belah tapak tangan, dan tepukan secara perlahan pada kulit wajah anda. Ini yang disebutkan sebagai teknik chok-chok. Penulis lebih suka cara ini kerana ia lebih cepat dan mendapat penggunaan toner yang sepenuhnya. Penulis tidak suka menggunakan kapas kerana merasakan kapas akan menyerap penyegar secara berlebihan.

 Langkah keempat pula melibatkan esens. Esens merujuk kepada bahan bersifat ringan padat dengan campuran bahan-bahan untuk menghidratkan, anti-penuaan dan menambah baik kompleksyen wajah. Bagi penulis, cara untuk memakai ini sama seperti bagaimana penulis memakai toner. Tepuk secara lembut pada wajah. Namun, penulis telah menemui ramai rakan yang mengadu mereka tidak boleh memakai esens kerana membuatkan kulit mereka sama ada berminyak, terlalu basah ada juga yang mengatakan mereka dinaiki jerawat halus apabila memakai esens. Di sini penulis ingin ingatkan pada apa yang penulis pernah tulis pada siri pertama dahulu, “ Listen to your skin”.  Kenal pasti kulit anda terlebih dahulu dan pilih jenis yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Setiap insan memiliki kulit yang berlainan dan kita perlulah menghargai kelainan kita ini.

Langkah seterusnya merupakan langkah merawat masalah pada wajah kulit. Langkah ini adalah seperti memakai booster, serum ataupun ampoule yang bertindak sebagai skin perfector. Membaiki dan membaik pulih kulit kita. Bersifat lebih fokus untuk target-target khusus seperti melawan jerawat, penuaan, garis halus atau juga hyperpigmentation (jeragat) pada wajah kita. Langkah ini berbeza-beza bagi setiap orang bergantung kepada apakah masalah kulit anda.

Babak kegemaran penulis di dalam DOTS

Langkah ketujuh, langkah yang paling digemari oleh penulis. Senang, ringkas dan menenangkan cuma perlu menunggu sahaja. Langkah ketujuh ini merujuk kepada pemakaian sheet mask. Hampir kebanyakan Kdrama akan mempunyai babak yang menunjukkan watak memakainya. Ianya begitu senang, hanya memilih apa yang anda inginkan dan yang bersesuaian dengan kulit muka anda. Letakkan dan tunggu berdasarkan masa yang ditetapkan pada pembalut sheet mask tersebut dan biarkan kulit wajah anda menyerap semua esens yang ada pada mask terbabit. Adakah anda perlu memakainya setiap hari? Ia bergantung kepada anda. Ada sesetengah masks, akan memberitahu hanya boleh dipakai 2 atau 3 kali seminggu, namun ada juga yang memiliki formula lembut dan anda boleh memakainya setiap hari.

Secara peribadi, penulis sangat menyukai sheet mask. Ia adalah satu cheat untuk penulis. Kadangkala jadual penulis terlalu padat ataupun apabila penulis menggunakan solekan tebal pada masa yang panjang, penulis akan melangkau semua langkah-langkah dan hanya memakai mask sebelum tidur. Sekembali penulis dari Seoul, penulis membeli begitu banyak mask (ia sangat murah di Korea). Hampir setiap hari penulis memakai sheet mask dan penulis merasakan waktu itu, kulit penulis berada pada tahap paling memuaskan.

Penulis berpeluang menghadiri satu workshop bersama Geraldine Loy, yang mengajar cara betul membuka sheet mask ini adalah dengan menarik dari atas (dahi) turun ke bawah bukannya dari dagu ke dahi. Ini disebabkan oleh ia mampu menarik keluar sel-sel kulit mati. Ivan Lam, seorang lagi personaliti Kbeauty memberi tip untuk menggunakan sheet mask yang telah diguna pakai pada kawasan lain supaya boleh menggunakan sheet mask itu secara lebih efisien. Beliau mencadangkan untuk letakkan pada  leher, tapak tangan, mana-mana kawasan kulit kering bahkan boleh juga diletak pada tapak kaki dan tumit kaki anda. Dengan itu, sheet mask anda boleh digunakan sepenuhnya sehingga ke titisan akhir. Kadang kala sheet mask itu, masih mempunyai esen-esen lebihan dalam pembungkusnya, penulis suka mengambil dan menyapu pada kulit penulis, ia tetap memberi kelembapan pada kulit.

Langkah kelapan, satu langkah yang agak lambat penulis belajar padahal penulis sangat memerlukannya. Langkah ini melibatkan penggunaan krim bawah mata. SOKO Glam menjelaskan bagaimana kulit di sekeliling mata merupakan kulit yang paling nipis dan paling lembut, penggunaan krim bawah mata secara intensif akan menghilangkan lingkaran gelap, sembap dan mengawal kewujudan garisan-garisan halus. Nota penting mengenai penggunaan krim bawah mata ini adalah jangan sesekali menggosok krim pada bawah mata. Cukup memadai dengan hanya menyapu lembut dengan jari anda. Lebih bagus sekiranya anda membuat pergerakan tapping lembut pada kawasan bawah mata. Kenapa tidak boleh menggosok?, ia akan membuat kawasan bawah mata anda lebih teruk. Pernahkah pengguna perasan, lepas solekan, tiba-tiba kawasan bawah mata kelihatan berlapis-lapis ataupun wujudnya garis-garis halus, salah satu sebab adalah cara pemakaian yang salah. Sebarang pemakaian krim ataupun solekan di bawah mata, perlulah secara perlahan-lahan. Ini kerana kawasan kulit bawah mata itu amat lembut berbanding kawasan lain.

Yang seterusnya adalah pelembap kulit ataupun moisturiser. Langkah ini adalah satu langkah amat penting dan perlu dilakukan dua kali dalam sehari. Namun, penulis juga pernah bertemu dengan orang yang tidak boleh memakai moisturiser. Ini sekali lagi bergantung pada kulit wajah anda semua. Pelembap kulit hadir dalam pelbagai jenis bukan hanya krim sebagai contoh dalam bentuk emulsion, losyen, gel dan juga kegemaran penulis di kala malas ataupun letih, sleeping mask. Ia berfungsi untuk mengedapkan kelembapan untuk menegangkan kulit dan menghilangkan garis halus pada wajah. Tip penting dari penulis adalah, apabila anda meratakan moisturiser pada wajah anda, jangan lupa panjangkan sapuan anda pada leher anda juga. Penulis juga suka sapukan pada tangan dan kawasan kulit lain juga.

Kegemaran penulis pada masa kini

Langkah terakhir dan paling penting adalah satu langkah yang penulis lambat tahu serta amalkan. Memakai pelindung sinaran matahari. Perlu diingatkan kita perlu memakainya setiap hari walaupun kita berada di dalam bangunan ataupun ketika cuaca mendung. SOKO Glam mengatakan ia adalah satu cara paling mudah dan efektif untuk mengelakkan penuaan pramatang dan juga kanser kulit. Ia sepatutnya dijadikan langkah terakhir supaya ia boleh melindungi kulit wajah tanpa diganggu ataupun dilarutkan oleh produk-produk lain. Mereka turut menggalakkan kita untuk re-apply pelindung sinaran matahari ini sepanjang hari.

Panjang perkongsian dari SOKO Glam ini, adakah kita mampu untuk mengamalkannya secara hari-hari? Bagi penulis tentulah tidak. Penulis tidak mempunyai masa dan kesungguhan untuk melakukannya secara hari-hari. Bagi penulis, memadai sekiranya penulis melakukan rutin 10 langkah ini secara seminggu sekali dan hanya fokus kepada perkara-perkara yang penting seperti mencuci,  toner, moisturiser dan memakai sunscreen secara harian. Mungkin penulis akan menambah kerajinan penulis selepas ini apabila memikirkan umur yang makin meningkat ini 😀

Sumber : SOKO Glam

Untuk lebih lanjut: https://kmaniamy/2018/10/29/siri-2-seminggu-bersama-produk-kosmetik-dari-pure-theory/

loading...