Dikatakan langgar undang-undang perniagaan, Lee Soo Man nak saman SM Entertainment

Lee Soo Man bersedia untuk menyaman SM Entertainment kerana melanggar undang-undang perniagaan.

Menurut laporan, pengasas SM Entertainment, Lee Soo Man sedang berusaha untuk menyaman agensi tersebut kerana partnership label itu baru-baru ini dengan Kakao Entertainment. Wakil undang-undang Lee Soo Man, Hwawoo mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu, menyatakan label dan Kakao terlibat dalam amalan haram untuk Kakao menjadi pemegang saham kedua terbesar dalam SM Entertainment.

Hwawoo menyatakan, “Pada Januari tahun ini, CEO bersama SM Entertainment Lee Sung Soo dan Tak Young Joon bersetuju untuk menyelaraskan cadangan Rakan Kongsi tanpa berunding dengan Lee Soo Man, yang merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat itu. Tindakan ini meningkatkan lagi ketegangan dan pertikaian pengurusan antara agensi dan pemegang saham terbesar iaitu Lee Soo Man. Ini jelas melanggar undang-undang komersial dan artikel yang berkaitan dengan undang-undang untuk lembaga pengarah SM Entertainment yang diketuai oleh CEO bersama untuk menerbitkan saham baharu dan bon boleh tukar kepada pihak ketiga pada masa apabila ada pertikaian dengan syarikat.”

Firma guaman itu meneruskan, “Lembaga pengarah SM Entertainment mengedarkan saham baharu dan bon boleh tukar secara unilateral (melibatkan sebelah pihak sahaja) kepada pihak ketiga; Kakao untuk meluaskan jangkauan mereka dan menjadikan perkara lebih menguntungkan mereka ketika mereka cuba mendapatkan kelebihan daya saing ke arah syarikat. Sebagai firma undang-undang pemegang saham terbesar, kami akan menyekat percubaan lembaga pengarah SM Entertainment dalam hal ini dengan injunksi, melarang terbitan saham baharu dan bon boleh tukar, dan kami akan mempertanggungjawabkan pengarah secara sivil dan jenayah.”

Terdahulu, diumumkan bahawa Kakao telah menjadi pemegang saham kedua terbesar SM Entertainment dengan jumlah 9.05% saham. Bae Jae Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Komuniti Kakao, berkata dia mengharapkan sinergi yang baik antara kedua-dua syarikat.

“Melalui pelaburan dan kerjasama ini, kami berharap kedua-dua syarikat akan membantu antara satu sama lain dalam menyahut persaingan sengit dalam pasaran muzik dan kandungan global dan menyasarkan K-Content global,” kata Bae Jae Hyun.

Dalam berita berkaitan, laporan mendedahkan pertikaian dalam SM Entertainment timbul selepas kontrak produksi Lee Soo Man berakhir. Dilaporkan bahawa keputusan diambil tanpa sebarang perbincangan dalaman.

Pada 3 Februari pula, CEO bersama (Lee Sung Soo dan Tak Young Joon) mengumumkan rancangan mereka untuk melaksanakan sistem berbilang pengeluaran termasuk 5 pusat pengeluaran dan berbilang label yang menghasilkan muzik secara bebas, beralih daripada sistem penerbitan sedia ada Lee Soo Man.

Sumber : 1 | 2

loading...