Super Junior, Teen Top, Viviz & MCND akan menggegarkan KPOP MEGA CONCERT 2023 pada 18 Februari ini

Starex Global mempersembahkan < MEGACON 001 > KPOP MEGA CONCENT 2023 yang akan berlangsung pada 18 Februari 2023 di Surf Beach Sunway Lagoon. Dengan barisan bintang yang terdiri daripada Super Junior, Viviz, Teen Top dan MCND, konsert ini telah lama ditunggu-tunggu di kalangan peminat.

Namun, terbaru Star Global membawakan sesuatu yang lebih istimewa untuk peminat yang akan menyertai konsert ini. Yang pasti ianya akan memberikan pengalaman yang begitu berharga buat para audiens.

Crossover Konsert NFT x KPOP Nilai Tertinggi Dunia dalam Sejarah! (The World’s Highest Value NFT x KPOP Concert Crossover in History!)

Ini adalah crossover konsert NFT x KPOP pertama di dunia yang berlaku di Malaysia. Buat pertama kali dalam sejarah, 4 jenama NFT mewah ini bekerjasama untuk mempamerkan NFT bernilai sehingga 100 juta dolar A.S.. DJ Hong Kong yang terkenal di dunia : DJ Sidtrus juga akan membuat persembahan semasa konsert itu yang mana beliau akan bawakan acara muzik yang pelbagai selain darpada persembahan idol kepada penonton dan peminat.

Jom kita check it out barisan artis yang membuat persembahan pula.

Super Junior sekali lagi buat kemunculan mereka di Malaysia dalam tempoh tidak sampai setahun. Jadi, ayuh semarakkan semula semangat SJ bersama blue army, sambil mengenang janji yang telah dilafazkan. Pasti mereka tidak sabar untuk bertemu semula dengan ELF yang dikasihi.

VIVIZ ialah kumpulan gadis yang dianggotai oleh 3 bekas ahli GFRIEND iaitu SinB, Eunha, dan Umji. Semakin dikenali dan meningkat naik, kehadiran VIVIZ ke Malaysia buat kali pertama membuat peminat teruja. Sudah pasti mereka akan menggetarkan hati rakyat Malaysia dengan persembahan yang menakjubkan.

Akhirnya selepas 5 tahun, Teen Top kembali ke Malaysia. Dengan semua peminat di seluruh dunia yang merindui mereka beraksi, TEEN TOP ingin kembali membawa lautan lavender yang melambangkan populariti dan perpaduan penyokong mereka.

Tidak dilupa, kumpulan lelaki popular dengan lima ahli yang ditubuhkan oleh syarikat TOP Media, MCND yang akan melawat Malaysia buat kali pertama. MCND ialah akronim bagi “Music Creates New Dream” dan mereka pastinya tidak sabar untuk memberikan persembahan yang menakjubkan kepada peminat. Ayuh kita menari sepanjang malam bersama-sama dengan MCND!

Event ini turut membariskan Ribbon Ooi, penyanyi wanita Malaysia sebagai tetamu perasmian. Penyanyi dan pelakon wanita serba boleh Malaysia ini, menjadi popular di Internet kerana cover dengan tujuh bahasa. Dia juga terkenal sebagai “Seven-language Female Voice”. Suaranya yang merdu, elegan, halus dan seksi, membawa penonton ke tahap sensasi pendengaran yang seterusnya!!

 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan serta merasai pengalaman konsert seumur hidup ini di Surf Beach Sunway Lagoon pada 18 Februari 2023 bermula dari 6:30 petang. Harga tiket konsert bermula dari RM823, RM713, RM533, RM333 dan RM205, dan tidak termasuk yuran tempahan RM5. Tiket kini boleh didapati di www.ticket2u.com.my dan pembaca yang dihormati layak mendapat diskaun 17% dengan memasukkan kod promo “KPOPSP” (tidak termasuk zon biasa). Untuk butiran lanjut, sila layari laman media sosial rasmi Starex Global di FB, IG dan Twitter.

loading...