KPOPJimin BTS dilaporkan siap sedia untuk debut solo pada Februari runaway_dida2 years ago01 mins Jimin menjadi ahli ke-4 BTS yang akan debut secara rasmi sebagai artis solo selepas J-Hope, Jin dan RM yang mana kesemua mereka telah meriliskan rekod solo masing-masing dalam tahun 2022. Kini, selepas beberapa hari single ‘Vibe’ projek kolaborasi antara Taeyang dan Jimin rilis pada 13 Januari lalu, berita Jimin akan debut solo semakin hangat diperkatakan. Dilaporkan penyanyi itu kini sedang bersiap sedia untuk membuat debut solonya! Pada 16 Januari, dongA.com melaporkan bahawa Jimin sedang bersedia untuk mengeluarkan album solo pada bulan Februari. Sebagai tindak balas kepada laporan itu, sumber dari agensi BTS BIGHIT MUSIC secara ringkas mengulas, “Jadual [rilis] akan didedahkan sebaik sahaja ia dimuktamadkan.” Jadi, stay tuned for more updates gais! Post navigation Previous: Pachinko menang ‘Best Foreign Language Series’ di Critics Choice Awards ke-28Next: Menjanjikan aksi balas dendam lebih tegang, ‘The Glory’ Bahagian 2 akan tayang pada Mac 2023
Han So Hee main-main cinta dengan G Dragon? Agensi nafi gosip yang bertebaran di media sosial daus2 days ago2 days ago 0