Lagu OST Itaewon Class dendangan Taehyung BTS, laku keras macam goreng pisang sejak dilancarkan semalam

Lagu OST drama jtc Itaewon Class dendangan Taehyung daripada kumpulan BTS bertajuk ‘Sweet Night’ hampir menyapu bersih kesemua carta muzik harian tempatan dan luar negara.

‘Sweet Night’ berjaya mendominasi pasaran muzik dengan menduduki tempat pertama di semua carta muzik harian seperti Melon, Naver, Bugs dan Soribada selain melonjak naik ke no.1 di dalam carta Itunes di dalam lebih 54 buah negara dalam masa 24 jam, sekaligus menunjukkan single berkenaan laku keras macam goreng pisang. Kejayaan ini bukan sesuatu yang baru buat BTS, tetapi untuk Taehyung berbuat demikian di negaranya sendiri sudah semestinya sesuatu kebanggaan buat dirinya.

‘Sweet Night’ digubah sendiri oleh Taehyung sebagai tanda dedikasinya terhadap sahabat baik merangkap pelakon kepada drama jtc Itaewon Class itu sendiri, Park Seo Joon. Taehyung mendedahkan webtoon itu tersebut telah dibacanya dengan penuh khusyuk dan begitu teruja sekali apabila mendapati Park Seo Joon akan melakonkan watak Park Sae Roy yang dikaguminya itu, maka ‘Sweet Night’ digubah berdasarkan anggapan tersebut. Hasilnya, ‘Sweet Night’ kedengaran melankolik dengan suara Taehyung jelas bernada sayu.

jtbc Itaewon Class berjaya memperoleh rating sebanyak 16.16% di dalam episod terkini, menjadikannya drama kedua terbitan cenel jtbc selepas Sky Castle berjaya melepasi 15% digit. Ia jauh melepasi sasaran awal diletakkan oleh pihak produksi sebelum ini. Itaewon Class boleh ditonton di Netflix setiap Jumaat dan Sabtu.

Sumber: OSEN

loading...