Menjanjikan aksi balas dendam lebih tegang, ‘The Glory’ Bahagian 2 akan tayang pada Mac 2023

“The Glory” akan kembali dengan Bahagian 2 tidak lama lagi!

Pertama kali dikeluarkan pada  Disember lalu, “The Glory” ialah projek terbaharu penulis terkenal Kim Eun Sook yang mengisahkan seorang bekas mangsa keganasan sekolah yang kejam telah bersumpah untuk membalas dendam terhadap pembulinya selepas menjadi guru kelas di sekolah rendah kepada anak pembulinya. Song Hye Kyo membintangi drama ini sebagai protagonis pendendam Moon Dong Eun, manakala Lee Do Hyun memainkan watak utama lelaki yang rumit Joo Yeo Jeong.

Dendam Moon Dong Eun belum berakhir dalam episod terakhir ‘The Glory’ Bahagian 1. Jadi, tidak hairanlah Netflix baru-baru ini mengumumkan bahawa ‘The Glory’ Part 2 akan dikeluarkan pada 10 Mac 2023. Sama seperti musim pertama, bahagian kedua drama ini juga akan mempunyai sejumlah lapan episod yang dikeluarkan serentak.

Pada 18 Januari, drama itu mengeluarkan potongan pegun (stills cut) pertama untuk Bahagian 2. Imej-imej itu memaparkan Moon Dong Eun dengan linangan air mata, Joo Yeo Jeong memandangnya dengan ekspresi yang tegang, dan Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) dilihat membuat panggilan telefon dengan ekspresi yang serius.

Imej lain menunjukkan Joo Yeo Jeong dan Ha Do Yeong (Jung Sung Il) bermain Go dengan aksi yang fokus, Jeon Jae Joon (Park Sung Hoon) berlumuran darah di hadapan balai polis, dan banyak lagi.

Penulis Kim Eun Sook mengulas, “Jika anda menonton Bahagian 1, anda tidak akan terlepas Bahagian 2,” dan menjanjikan banyak keseronokan,ketegangan dan detik yang memuaskan. Pengarah Ahn Gil Ho menambah, “Pergaduhan Dong Eun dan Yeon Jin akan bermula secara rasmi dan pelakunya akan mendapat apa yang sepatutnya. Penonton akan terus mahu menonton sehingga tamat. Semua elemen cerita ini akan terjawab.”

Selepas tayangan perdana pada 30 Disember 2022, bahagian pertama The Glory mencatatkan 148 juta jam tontonan dan berjaya masuk ke dalam senarai 10 teratas Netflix Global Top 10 Bukan Bahasa Inggeris selama tiga minggu berturut-turut, dan kekal dalam senarai di 34 negara.

“The Glory Part 2” akan mula ditayangkan pada 10 Mac.

Sumber :

loading...