“Through the Darkness” beri sinar buat Kim Nam Gil untuk rangkul Daesang di SBS Drama Awards 2022

SBS Drama Awards diadakan setiap 31 Disember dan tahun ini ianya dihoskan oleh Shin Dong Yup, Ahn Hyo Seop dan Kim Sejeong. SBS Drama Awards adalah satu majlis anugerah yang dianjurkan oleh Seoul Broadcasting System untuk menghargai pencapaian cemerlang para penggiat drama serta drama Korea yang disiarkan di rangkaiannya sepanjang tahun 2022.

Siapa sangka, Kim Nam Gil memenangi Daesang pada tahun ini menerusi “Through The Darkness”. Ini merupakan Daesang kedua milik pelakon ini selepas kali pertama menerimanya pada tahun 2019 menerusi drama “The Fiery Priest”. Kim Nam Gil telah menewaskan calon-calon yang hebat belaka seperti Kim Rae Won, Nam Goong Min, Lee Joon Gi dan Seo Hyun Jin.

Dalam ucapan penerimaannya, Kim Nam Gil berkata, “Saya tidak mempunyai sebarang jangkaan kerana drama itu ditayangkan pada awal tahun. Terima kasih kepada penonton yang tidak melupakan dan menyukainya sehingga ke penghujungnya. Sebenarnya, saya rasa ‘Through the Darkness’ dapat disiapkan kerana adanya  pelakon yang melakonkan watak penjahat. Terima kasih kepada mereka. Bukan senang nak melakonkan watak penjahat. Ia bukanlah satu keputusan yang mudah, tetapi saya berterima kasih kepada pelakon yang memilih saya tanpa ragu-ragu dan menunjukkan lakonan terbaik. Saya merasakan bahawa ‘berlakon bukan untuk menjadi terkenal’ dan ‘terdapat ramai pelakon yang baik di negara kita’ apabila saya melihat mereka di set, dan lakonan itu harus merendah diri. Itulah yang selalu saya fikirkan.

Kim Nam Gil juga mengakhiri ucapannya dengan berkata, “Saya akan mendedikasikan anugerah ini kepada pegawai polis yang bekerja keras siang dan malam untuk untuk menjaga keselamatan, dan profiler yang bekerja keras untuk membaca isi hati kejahatan.”

Nam Goong Min pula menerima Directors’ Award menerusi lakonannya dalam “One Dollar Lawyer”. Directors’ Award merupakan anugerah yang diberikan kepada pelakon terbaik yang dipilih oleh pengarah Studio S. Namgoong Min berkata, “Saya sedia maklum bahawa saya serba kekurangan dari segi lakonan dan personaliti, tetapi dengan anugerah ini, saya faham ia bermakna untuk bekerja lebih keras, jadi saya akan bekerja dengan lebih keras.”

Lee Joon Gi, Kim Rae Won, Heo Joon Ho dan Seo Hyun Jin, memenangi Top Excellence Award untuk setiap genre drama masing-masing. Manakala kategori Best Couple dimonopoli oleh dua pasangan drama “Business Proposal” iaitu Kim Sejeong and Ahn Hyo Seop dan Seol In Ah and Kim Min Kyu.

Jom semak senarai penuh pemenang:

Daesang (Grand Prize): Kim Nam Gil (“Through the Darkness”)

Directors’ Award: Namgoong Min (“One Dollar Lawyer”)

Top Excellence Award (Fantasy Miniseries): Lee Joon Gi (“Again My Life”)

Top Excellence Award (Genre Miniseries): Kim Rae Won (“The First Responders”), Heo Joon Ho (“Why Her?“), Seo Hyun Jin (“Why Her?”)

Top Excellence Award (Comedy or Romance Miniseries): Ahn Hyo Seop (“Business Proposal”), Kim Sejeong (“Business Proposal”)

Excellence Award (Genre or Fantasy Miniseries): Jin Sun Kyu (“Through the Darkness”), Gong Seung Yeon (“The First Responders”)

Excellence Award (Comedy or Romance Miniseries): Kim Min Kyu (“Business Proposal”), Kim Ji Eun (“One Dollar Lawyer”)

Best Couple: Kim Sejeong and Ahn Hyo Seop (“Business Proposal”), Seol In Ah and Kim Min Kyu (“Business Proposal”)

Best Performance Award: Lee Chung Ah (“One Dollar Lawyer”)

Best Teamwork Award: “Cheer Up”

Best Supporting Actor (Genre or Fantasy Miniseries): Kang Ki Doong (“The First Responders”), Kim Jae Kyung (“Again My Life”)

Best Supporting Actor (Comedy or Romance Miniseries): Park Jin Woo (“One Dollar Lawyer”), Gong Min Jung (“One Dollar Lawyer”)

Scene Stealer Award: Kim Ja Young (“One Dollar Lawyer”), Nam Mi Jung (“Woori the Virgin”), Im Chul Soo (“Today’s Webtoon”)

Best Child Actor: Lee Eugene (“Why Her?”), Kim Min Seo (“The First Responders”)

Best New Actor: Bae In Hyuk (“Why Her?,” “Cheer Up”), Kim Hyun Jin (“Cheer Up”), Ryeo Woon (“Through the Darkness”), Jang Gyuri (“Cheer Up”), Lee Eun Saem (“Cheer Up”), Gong Sung Ha (“Through the Darkness”)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Sumber : 1

loading...