[Gempar] Tiba masanya untuk berkahwin, Gong Hyo Jin akhirnya mengaku hatinya sudah dimiliki oleh Kevin Oh

Gong Hyo Jin hari ini mengaku hatinya sudah dimiliki oleh Kevin Oh, penyanyi Amerika berketurunan Korea.

Ia rentetan daripada khabar angin yang bertebaran hari ini, yang mengatakan bahawa Gong Hyo Jin bakal berkahwin dengan lelaki yang lebih muda 10 tahun daripadanya iaitu Kevin Oh setelah dilihat beria menangkap ‘jambangan bunga pengantin’ ketika hadir di dalam majlis kahwin Hyun Bin dan Son Ye Jin semalam.

Menjawab khabar angin tersebut, Gong Hyo Jin mengesahkan bahawa dia kini sedang berpacaran dengan Kevin Oh menerusi kenyataan daripada agensinya. “Ya betul, Gong Hyo Jin memang berhubungan cinta dengan Kevin Oh. Pasal perancangan untuk berkahwin itu, memang sukar untuk dicakap sekarang. Kami akan beritahu kemudian jika ada berita baik di masa akan datang,” kata jurucakap agensinya.

Gong Hyo Jin yang digelar sebagai ratu komedi romantik Korea telah membintangi puluhan drama sepanjang kariernya sebagai pelakon. Antaranya ialah “Pasta,” “The Greatest Love,” “Master’s Sun,” “It’s Okay, That’s Love,” “The Producers,” “Don’t Dare to Dream” (“Jealousy Incarnate”), dan “When the Camellia Blooms”. Kevin Oh yang kini bergiat aktif sebagai penyanyi, pernah dinobatkan sebagai juara musim ketujuh “Superstar K”.

Sumber: sport chosun

loading...