KdramaPertindihan jadual kerja buat Kwak Si Yang undur diri dari drama terbaru KBS runaway_dida2 years ago02 mins Pelakon Kwak Si Yang telah berundur daripada drama hujung minggu KBS2 yang akan datang. Pada 21 Disember, wakil Kwak Si Yang berkongsi bahawa pelakon itu memutuskan untuk berundur daripada “The Real Deal Has Come!” (tajuk literal) kerana konflik penjadualan selepas rundingan secara baik dengan pasukan produksi. Sebelum ini pada bulan November lalu, Kwak Si Yang dilaporkan akan memegang watak utama Gong Tae Kyung dalam drama hujung minggu baharu KBS2 “The Real Deal Has Come!” Drama ini mengisahkan tentang pertemuan seorang ibu tunggal bernama Oh Yeon Doo (Baek Jin Hee) dan seorang lelaki yang belum berkahwin bernama Gong Tae Kyung yang tidak mahu berkahwin. Bagaimanapun, Kwak Si Yang memutuskan untuk mengundur diri daripada drama itu kerana konflik penjadualan dengan filemnya “Desperate Pursuit” (tajuk literal) yang memulakan penggambaran pada 19 Disember. Kwak Si Yang cuba menyelaraskan jadual penggambaran filem dan drama itu, tetapi akhirnya memutuskan untuk tidak lagi mengambil bahagian dalam drama itu agar tidak mendatangkan masalah kepada pelakon dan kru. Korang boleh tonton lakonan Kwak Si Yang dalam “Cafe Minamdang” atau “Lovers of the Red Sky” serta banyak lagi. loading... Post navigation Previous: Dah habis shooting drama, apakah Nam Joo Hyuk kini siap sedia untuk enlist?Next: TWICE akan pre-released single berbahasa Inggeris menjelang ‘comeback’ rasmi Mac 2023
Kim Da Mi dan Son Suk Ku Bawa Gaya Profiling dan Penyiasatan Berbeza dalam Thriller Misteri ‘Nine Puzzles’ runaway_dida3 hours ago 0