Dah habis shooting drama, apakah Nam Joo Hyuk kini siap sedia untuk enlist?

Nam Joo Hyuk dilaporkan telah menyelesaikan penggambaran filem terbarunya. Berikutan dengan itu, agensinya sekali lagi telah mengulas mengenai pendaftaran khidmat tenteranya yang akan datang.

Pada 20 Disember, sumber dari agensinya Management SOOP berkongsi, “Nam Joo Hyuk baru-baru ini selesai penggambaran untuk siri terbaru Disney+ ‘Vigilante.’ Tiada jadual susulan buat masa ini. Dia sedang menunggu notis drafnya.”

Dalam pada itu, seorang wakil hiburan mendedahkan, “Setahu saya, apabila summons dikeluarkan, [Nam Joo Hyuk] akan menyertai tentera dalam masa 2-3 minggu. Bagaimanapun, warannya belum dikeluarkan lagi. Oleh itu, saya fikir dia yang sepatutnya mula mendaftar masuk tentera pada bulan Disember ini akan menjadi sukar.”

Drama terbaru Nam Joo Hyuk, “Vigilante” adalah berdasarkan webtoon Naver dengan nama yang sama dan ditulis oleh Kim Kyu Sam. Drama ini berkisarkan tentang Kim Ji Yong (Nam Joo Hyuk), seorang pelajar di akademi polis yang kehilangan ibunya di tangan samseng tempatan ketika dia kecil. Dia menjadi tokoh Vigilante atau menjadi hakim sendiri ke atas penjenayah yang melarikan diri dari undang-undang. Selain itu, ia juga menceritakan tentang seorang wartawan bernama Mi Ryeo yang menemui identiti Ji Young sebagai ‘vigilante’ yang terselindung dan akhirnya menjadi tajuk utama kerana tindakannya yang tidak dijangka serta penyiasat Jo Heon dari Unit Siasatan Metropolitan yang menjejaki kewujudan vigilante.

Dilahirkan pada 1994, Nam Joo Hyuk bersedia untuk menyertai tentera menjelang tahun ini. Pada bulan Oktober, agensinya turut mengulas secara ringkas mengenai rancangan pelakon itu untuk mendaftar masuk bulan Disember ini.

Sumber : OSEN

loading...