TWICE akan pre-released single berbahasa Inggeris menjelang ‘comeback’ rasmi Mac 2023

Nampaknya TWICE sedang bersedia untuk kemunculan semula mereka pada tahun 2023!

Pada 21 Disember tengah malam KST, kumpulan gadis popular itu mengeluarkan intro poster yang mengumumkan tarikh untuk single Inggeris pra-keluaran dan album mini ke-12 mereka.

Berpandukan poster itu, TWICE akan kembali pada bulan Januari dengan single pra-keluaran dan pada bulan Mac dengan album mini mereka!

Jadi, mark your calendar and stay tuned ONCE!

Dalam perkembangan lain, terdahulu Nayeon berkongsi bagaimana semua ahli TWICE memutuskan untuk memperbaharui kontrak mereka dengan JYP Entertainment

Semasa Temu bual, Nayeon berkongsi, “Kami mempunyai ramai ahli jadi saya rasa kebimbangan dan alasan kami mungkin berbeza. Tetapi satu perkara yang membuatkan kami bersatu hati iaitu semua mempunyai persamaan ialah ‘Kami masih mahu bersama satu sama lain dan kami masih mahu menjadi serta dikenali sebagai TWICE’.”

loading...