[GEMPAR] Jinni tinggalkan NMIXX dan JYP

Agak mengejutkan apabila salah seorang ahli NMIXX, Jinni telah memutuskan untuk meninggalkan kumpulan itu atas sebab peribadi.

Oleh yang demikian, JYP Entertainment telah mengumumkan pemergian Jinni NMIXX daripada kumpulan dan agensi itu.

Pada 9 Disember, JYP Entertainment mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Helo, ini JYP Entertainment.

Jinni, yang telah menjadi ahli NMIXX sehingga kini, akan meninggalkan kumpulan itu kerana masalah peribadi, dan kontrak eksklusifnya telah ditamatkan.

Kami memohon maaf kerana membuat ramai peminat bimbang dengan berita mengejut ini.

Disebabkan itu, kami ingin memberitahu anda bahawa NMIXX akan menjalankan semua aktiviti yang dijadualkan pada masa hadapan mereka sebagai kumpulan dengan enam ahli.

Kami meminta anda semua menyokong Jinni dilaluan baharunya, dan kami juga meminta NSWER [peminat NMIXX] memberikan sokongan hangat mereka kepada enam ahli NMIXX yang akan terus melangkah ke arah impian mereka dan berkembang setiap hari.

Sekali lagi, kami memohon maaf kepada peminat yang telah menyokong NMIXX.

Terima kasih.

NMIXX baru sahaja membuat debut mereka sebagai kumpulan dengan tujuh ahli pada Februari 2022 menerusi album single “AD MARE” yang mana lagu utama ya berjudul “O.O”. Mulai sekarang, NMIXX akan meneruskan aktiviti mereka bersama ahli Lily, Haewon, Sullyoon, Bae, Jiwoo, dan Kyujin.

loading...