Inilah 10 Pelakon Drama Korea paling popular sepanjang tahun 2020, menurut Gallup

Image may contain: 4 people

Kim Hee Ae mengungguli senarai pelakon drama Korea paling popular pada tahun 2020.

Kim Hee Ae memperolehi peratusan undian terbanyak iaitu 9.4% di atas persembahan lakonan yang sangat baik di dalam jtbc The World of The Married. Kajian ini dibuat oleh Gallup Korea secara rawak ke atas 1,700 responden bermula usia 13 tahun sekitar 3 November hingga 29 November 2020.

Di tempat kedua pula ialah Park Bo Gum menerusi lakonannya di dalam tvN Record of Youth walaupun kini pelakon itu sedang menjalani latihan khidmat ketenteraan. Park Bo Gum tetap konsisten berada dalam kalangan top 10 pelakon popular di Korea untuk lima tahun berturut-turut.

Gong Yoo dan Gong Hyo Jin masih mengekalkan populariti mereka meskipun drama lakonan mereka telah ditayangkan pada tahun sebelumnya manakala Hyun Bin dan Son Ye Jin pula menjadi satu-satunya pasangan drama Korea yang tersenarai.

Berikut ialah 10 pelakon popular pada tahun ini ikut turutan:

10. Gong Hyo Jin – KBS When The Camellia Blooms

8. Gong Yoo – tvN Goblin

8. Cha Hwa Yeon KBS Once Again

7. Jeon In Hwa – KBS Homemade Love Story

6.  Suzy – tvN Start Up

5. Son Ye Jin – tvN Crash Landing On You

4. Park Seo Jeon – jtbc Itaewon Class

3. Hyun Bin – tvN Crash Landing On You

2. Park Bo Gum – tvN Record of Youth

1. Kim Hee Ae – jtbc The World of The Married

loading...