MELOSAGA Malaysia Meraikan Festival Tarian Jalanan dan Muzik di MIECC, Januari 2023 Dengan Kehadiran Bintang Hebat Zico & Crush

KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2022 – Festival Tarian dan Muzik Jalanan MELOSAGA Malaysia, adalah sebuah Festival Tarian dan Muzik Jalanan yang pertama dan terbesar di Malaysia di mana ia telah mengumumkan senarai Showcasing Artists yang dijemput untuk membuat persembahan pada acara yang julung kali diadakan pada 13 hingga 15 Januari 2023 akan datang.

Dipersembahkan bersama oleh UNC Entertainment dan Base Entertainment Asia, Festival ini merupakan acara tarian jalanan dan muzik penting dalam kalendar pencinta festival, dan akan berlangsung di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC), Kuala Lumpur.

Festival yang melangkaui selama tiga hari ini terdiri daripada tiga acara yang akan menyediakan pengalaman menyeluruh yang menyeru pencinta festival untuk meninggalkan kesibukan mereka, dan menyelami angin puyuh muzik dan tarian serta penemuan budaya jalanan – ESCAPISME; konsert, BATTLESAGA; pertandingan tarian antarabangsa dan tempatan, dan K-DIMENSI; Karnival K-Culture dengan 100 gerai karnival.

K-DIMENSION

Merupakan komponen K-Culture yang akan diadakan sepanjang tiga hari untuk mempamerkan keajaiban K-Culture dan K-Pop.

Phaze International, sebuah pertandingan dance showcase antarabangsa akan menjadi tumpuan pada hari pertama K-Dimension. Versi 2023 kali ini memasang impian untuk mengukir kejayaan seperti musim pertama pada 2022 dalam menarik penari dari lebih 25 negara untuk bersaing dengan menawarkan hadiah wang tunai bernilai USD 5,000 dan peluang untuk membuat persembahan di ESCAPISM sebagai aksi pembukaan.

Pengunjung festival juga berpeluang untuk menyertai YG Audition untuk YG Entertainment, label mega K-Pop yang paling terkenal sebagai sebuah agensi di sebalik kejayaan BLACKPINK dan BIG BANG.

Selain berpeluang menyaksikan YGX, K-DIMENSION juga memberi peluang kepada peserta untuk belajar daripada koreografer artis terkenal dari Korea Selatan di YGX Star Workshop. YGX adalah kumpulan tarian YG Entertainment yang dibarisi oleh tiga koreografer; Yeo Jin dan Jihyo yang merupakan backup dancer BLACKPINK dan juga dari ‘Street Women Fighter’ serta Moodok dari ‘Street Man Fighter.’

ESCAPISM

ESCAPISM ialah festival muzik jalanan yang akan diadakan pada 14 Januari. Acara ini akan menampilkan K-Pop heavyweights Zico dan Crush yang antara lain menjadi tajuk utama di mana mereka akan membuat penampilan sulung di Malaysia, bersama Shigga Shay, YGX, DOLLA, ForceParkBois, DJ Raiden, 3P dan ramai lagi yang tidak asing bagi pencinta muzik Malaysia.

BATTLESAGA

Komponen tarian jalanan Festival yang menyatukan gabungan menarik pertandingan tarian tempatan dan antarabangsa bermula dengan RF JAM MALAYSIA QUALIFIER ROUND. Pemenang daripada 4v4 Breaking dan 3v3 All-Style akan memenangi lawatan tajaan ke RF JAM 2023 di Vietnam.

Pada hari yang sama juga akan diadakan Kejohanan SDACA di mana penari bertaraf antarabangsa dan kebangsaan akan bersaing untuk menjadi juara BATTLESAGA.

Dylan Chyo, pengasas UNC Entertainment berkata, “Lebih daripada sekadar tajuk utama, MELOSAGA ialah karnival muzik jalanan dan pertandingan tarian yang pertama seumpamanya di Malaysia, yang menghimpunkan barisan persembahan serantau yang mengagumkan, bengkel dan elemen budaya jalanan, di Kuala Lumpur. Menjadikan satu festival bebas alkohol, ia sesuai untuk golongan muda dan tua.”

Chantal Prudhomme, Ketua Pegawai Eksekutif Base Entertainment Asia menambah, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan UNC Entertainment bagi mempersembahkan MELOSAGA, sebuah festival muzik dan tarian yang akan menghubungkan hiburan dan budaya jalanan dengan membawa artis-artis terkenal serta artis baru, kedua-dua serantau dan tempatan, dibawah satu bumbung.”

Tiket untuk MELOSAGA boleh didapati dari 9 malam pada 8 Disember 2022 pada harga RM 35.

Pra-jualan tiket ESCAPISM akan bermula pada 8 Disember, 12PM di mana ia hanya layak untuk mereka yang berdaftar dengan senarai menunggu sahaja. Untuk pra-jualan, tiket-tiket adalah berharga; VIP Rock Zone Pass RM 503, Cat A Pass RM 413, Cat B Pass RM 323 dan Standard Pass RM 233.

Manakala harga tiket ESCAPISM untuk orang awam adalah seperti berikut; VIP Rock Zone Pass RM 559, Cat A Pass RM 459, Cat B Pass RM 359 dan Standard Pass RM 259 tidak termasuk yuran pemprosesan serta caj transaksi. Terdapat diskaun 10% Early Bird untuk mereka yang membeli tiket antara 8 hingga 11 Disember.

Maklumat lanjut mengenai festival boleh didapati di laman web festival: http://www.melosaga.com.

loading...