Senarai pencalonan bagi 37th Golden Disc Awards & barisan bintang yang akan buat persembahan

Golden Disc Awards adalah anugerah muzik Korea Selatan yang diadakan pada setiap tahun.

Kali ini, Golden Disc Awards yang ke-37 bersama TikTok’ akan berlangsung pada 7 Januari jam 8 malam KST, secara langsung dari Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, Thailand! Acara ini akan disiarkan di JTBC.

Pencalonan diambil daripada lagu dan album yang dikeluarkan antara November 2021 dan pertengahan November 2022. Untuk anugerah bahagian album, hanya album dengan sekurang-kurangnya enam lagu baharu (tidak termasuk intro, outros dan instrumental) layak dicalonkan. Runut bunyi dan lagu projek daripada program TV tidak termasuk dalam penilaian.

Pemenang anugerah utama iaitu Bonsang dan Daesang (Hadiah Utama) dipilih berdasarkan 60% pengiraan jualan sehingga pertengahan Disember 2022 dan 40% berdasarkan pertimbangan pakar. Kriteria penilaian yang sama digunakan untuk Rookie Artist of the Year. Undian hanya tersedia untuk Popularity Award, yang akan ditentukan 100 peratus melalui undian.

Calon-calon tersebut adalah seperti berikut:

Digital Song Division Bonsang (Main Award)

  • (G)I-DLE – “TOMBOY”
  • BE’O – “Counting Stars (Feat. Beenzino)”
  • BIG Naughty – “Beyond Love (Feat. 10CM)”
  • BIGBANG – “Still Life”
  • BLACKPINK – “Pink Venom”
  • GOT the beat – “Step Back”
  • IVE – “LOVE DIVE”
  • LE SSERAFIM – “FEARLESS”
  • MSG Wannabe (M.O.M) – “Do you want to hear”
  • NewJeans – “Attention”
  • Choi Ye Na – “SMILEY (Feat. BIBI)”
  • KyoungSeo – “Dear my X”
  • MeloMance’s Kim Min Seok – “DrunKen Confession”
  • TWICE’s Nayeon – “POP!”
  • Red Velvet – “Feel My Rhythm”
  • Jay Park – “GANADARA (Feat. IU)”
  • PSY – “That That (prod. & feat. BTS’s Suga)”
  • IU – “Drama”
  • Lee Mujin “When it snows (Feat. Heize)”
  • Lim Young Woong – “Our Blues, Our Life”
  • Girls’ Generation’s Taeyeon – “INVU”

Album Division Bonsang (Main Award)

  • (G)I-DLE – “I love”
  • ATEEZ – “THE WORLD EP.1 : MOVEMENT”
  • BLACKPINK – “BORN PINK”
  • ENHYPEN – “MANIFESTO : DAY 1”
  • ITZY – “CHECKMATE”
  • BTS’s J-Hope – “Jack In The Box”
  • NCT – “Universe”
  • NCT 127 – “2 Baddies”
  • NCT DREAM – “Glitch Mode”
  • SMTOWN – “2021 Winter SMTOWN : SMCU EXPRESS”
  • Stray Kids – “MAXIDENT”
  • TREASURE – “THE SECOND STEP : CHAPTER ONE”
  • TWICE – “BETWEEN 1&2”
  • Kim Ho Joong – “PANORAMA”
  • TWICE’s Nayeon – “IM NAYEON”
  • THE BOYZ – “BE AWARE”
  • Red Velvet – “The ReVe Festival 2022 – Feel My Rhythm”
  • BTS – “Proof”
  • SEVENTEEN – “Face the Sun”
  • Youngtak – “MMM”
  • Lim Young Woong – “IM HERO”

Rookie Artist of the Year

  • ATBO
  • Billlie
  • BLANK2Y
  • IVE
  • Kep1er
  • LE SSERAFIM
  • NewJeans
  • NMIXX
  • TEMPEST
  • TNX
  • Xdinary Heroes
  • Choi Ye Na

Barisan Bintang Yang Akan Membuat Persembahan di Golden Disc Awards ke-37

UPDATE:

2nd line-up yang akan membuat persembahan di GDA-37 menampilkan j-hope BTS, Psy, Younha, (G)I-DLE, IVE, BE’O dan Big Naughty, akan turut menyertai 1st line-up menarik yang diumumkan awal bulan ini.

Tidak hanya sekadar majlis penyampaian anugerah, ianya akan diserikan dengan persembahan hebat daripada bintang-bintang K-pop ternama. Pada 7 Disember, Golden Disc Awards ke-37 secara rasmi mengumumkan first lineup mereka yang akan membuat persembahan selain turut tercalon dalam kategori yang dipertandingkan. Seventeen, Stray Kids, ENHYPEN, LE SSERAFIM, NewJeans dan TREASURE merancang untuk menyampaikan persembahan yang menakjubkan dan tidak pernah dilihat sebelum ini di ‘Golden Disc Awards ‘ yang akan datang.

Butiran lanjut dan pengumuman artis persembahan untuk ‘Golden Disc Awards ke-37’ akan dimaklumkan tidak lama lagi!

Sumber : 1 | 2

loading...