tvN respons laporan V jalani pengambaran spin-off terbaru “Youn’s Kitchen” disamping Park Seo Joon dan Choi Woo Shik

tvN secara rasmi telah memberi maklum balas kepada laporanyang menyatakan V BTS menyertai spin-off baharu variety show popular “Youn’s Kitchen.”

Bulan lalu, tvN mengesahkan bahawa PD Na Young Suk akan mencipta program baharu yang dipanggil “Seo Jin’s” (tajuk kerja), spin-off daripada rancangannya “Youn’s Kitchen,” mengenai pelakon bintang yang membuka dan menguruskan sebuah restoran Korea kecil di luar negara. Disebabkan Youn Yuh Jung kini sibuk menjalani penggambaran Musim 2 “Pachinko,” Lee Seo Jin akan mengambil alih sebagai bos restoran baharu itu, dan dia akan disertai oleh barisan pelakon “Youn’s Kitchen” terdahulu seperti Park Seo Joon dan Jung Yu Mi, serta Choi Woo Shik yang sebelum ini ikut serta dalam “Youn’s Stay”.

Menurut laporan pada 6 Disember, V baru-baru ini membuat penggambaran secara rahsia di Mexico untuk rancangan itu bersama-sama rakan rapatnya Park Seo Joon dan Choi Woo Shik. ‘Seojin’s’ ialah spin-off daripada variety show popular ‘Youn’s Kitchen’, yang memfokuskan untuk memperkenalkan makanan tradisional Korea di luar negara, dan ia akan mengikuti pelakon Lee Seo Jin ketika dia mengusahakan sebuah restoran yang menyajikan makanan jalanan Korea.

Kemudian pada petang itu, jurucakap tvN mengulas, “Mengenai kemungkinan ahli BTS, V muncul dalam variety show baharu tvN ‘Seo Jin’s,’ kami sedang dalam proses menyemak kesahihannya sama ada ia benar dengan penerbit yang sedang menjalani penggambaran di lokasi di luar negara. Disebabkan perbezaan zon waktu, kami mengambil sedikit masa untuk menyemak fakta, jadi kami meminta pemahaman anda.”

tvN juga telah memilih untuk tidak mendedahkan dengan tepat di mana rancangan itu menjalani penggambaran. Ketika pihak produksi mengumumkan rancangan terbaru itu, rangkaian itu menyatakan, “Demi penggambaran yang selamat dan lancar, kami tidak boleh mendedahkan lokasi penggambaran terlebih dahulu.”

“Seo Jin’s” kini dijadualkan untuk ditayangkan pada separuh pertama tahun 2023.

Apakah mungkin benar V BTS akan sertai variety show terbaru tvN ini? Sama-sama kita nantikan!

Sumber : 1 | 2

loading...