BLACKPINK – girl group pertama dinobatkan sebagai ‘Entertainer of the Year’ Oleh Majalah Time

Majalah TIME telah menamakan BLACKPINK sebagai Entertainer of the Year ataupun Penghibur Terbaik untuk 2022!

Pada 5 Disember, Majalah TIME telah mengeluarkan senarai orang paling berpengaruh tahun ini dalam setiap bidang. Antaranya, BLACKPINK menjadi kumpulan gadis pertama di dunia yang dinobatkan sebagai ‘Entertainer of the Year’.

“BLACKPINK ialah ikon generasi kini yang mengetuai trend, dan kumpulan wanita berpengaruh di dunia,” kata majalah itu. Artikel itu juga memuji kejayaan BLACKPINK sebagai kumpulan K-pop berprestasi terbaik di carta global tahun ini. Blackpink turut memecahkan beberapa rekod menerusi album penuh kedua terbaharunya.

Walaupun dengan rendah hati menggelarkan diri mereka sebagai “gadis yang normal” seperti yang dikatakan Jennie, Majalah TIME juga meraikan pencapaian BLACKPINK pada tahun 2022, bermula daripada muncul di Anugerah Muzik Video MTV (VMA), mengadakan siri jelajah dunia, menjadikan “Born Pink” album terlaris daripada kumpulan gadis Korea Selatan hingga dinamakan artis muzik terbesar di Youtube.

Berkenaan dengan ini (dinobatkan Entertainer of the Year), BLACKPINK menjawab Majalah TIME, “Kami paling gembira apabila kami membuat muzik. Keputusan yang baik menyusul kerana kami sentiasa gembira menikmati setiap saat.” Empat bintang itu juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada kelab peminat mereka BLINK, dengan berkongsi, “Saya rasa kuasa peminat kami yang sentiasa menyayangi dan menyokong kami adalah sebab terbesar [di sebalik pencapaian kami]. Kami akan melakukan yang terbaik pada setiap saat dengan rasa syukur di dalam hati kami.”

 

Sebelum ini, BLACKPINK juga dipilih sebagai salah seorang artis untuk TIME 100 NEXT pada 2019 dan sebagai calon untuk Person of the Year TIME untuk 2020, sekaligus menunjukkan pengaruh yang mantap dan status mereka yang semakin meningkat dalam industri.

Tonton klip video TIME yang mengumumkan BLACKPINK sebagai Penghibur Tahunan di bawah!

Tahniah diucapkan kepada BLACKPINK!

Sumber : 1 | 2

loading...